Liverpool menang tipis 1-0 ke atas Forest

ALEXIS Mac Allister muncul wira apabila meledak gol pada masa kecederaan untuk menghadiahkan Liverpool kemenangan tipis 1-0 ke atas Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris, lewat malam tadi.

Jaringan pada minit ke-97 itu hadir ketika perlawanan tampak berakhir tanpa gol, sekali gus menghidupkan peluang The Reds memburu slot Liga Juara-Juara musim depan.

Liverpool terpaksa beraksi tanpa pemain baharu mereka, Florian Wirtz, yang mengalami kecederaan ketika sesi pemanas badan.

Aksi pasukan pelawat secara keseluruhan dilihat hambar dan tumpul di bahagian serangan, manakala Forest yang turun buat kali pertama di bawah kendalian pengurus baharu, Vitor Pereira, gagal mencipta peluang dalam perlawanan suram sepanjang 90 minit.

Pemain tengah Argentina itu tidak mensia-siakan peluang apabila pantas menyambar bola muntah untuk meledak gol kemenangan dramatik buat Liverpool.

Kemenangan itu menyaksikan Liverpool menghuni tangga keenam liga dengan 45 mata, berkongsi jumlah sama dengan Chelsea dan Manchester United di kedudukan keempat dan kelima.

Forest pula di tangga ke-17 dengan 27 mata, hanya dua mata di atas zon penyingkiran.

Related Posts

Gol Pavithran bawa Malaysia ke separuh akhir Piala ASEAN

SKUAD Harimau Malaya mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Kejuaraan Piala ASEAN 2026 selepas menewaskan Filipina 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi. Turun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Herdman mangsa kritikan lepas Indonesia gagal ke final Piala ASEAN

KEGAGALAN Indonesia mara ke separuh akhir Piala ASEAN 2026 bukan sahaja mengundang kekecewaan, malah menjadikan jurulatih John Herdman sasaran kritikan penyokong. Lebih pedas, seorang penyokong menyindir pengendali kelahiran Kanada itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Uniform Sekolah MADANI’ solusi ibu bapa tangani kos pakaian sekolah

‘Uniform Sekolah MADANI’ solusi ibu bapa tangani kos pakaian sekolah

Selangor kekal destinasi pelancongan domestik nombor satu

Selangor kekal destinasi pelancongan domestik nombor satu

Myanmar setuju bawa pulang 5,000 pelarian dari Malaysia

Myanmar setuju bawa pulang 5,000 pelarian dari Malaysia

Maxim Malaysia santuni 50 ibu bersalin di Hospital Umum Sarawak

Maxim Malaysia santuni 50 ibu bersalin di Hospital Umum Sarawak

Erti merdeka perlu diisi dengan pembangunan bermanfaat

Erti merdeka perlu diisi dengan pembangunan bermanfaat

Kuching catat kes pembakaran terbuka tertinggi, JBPM giat operasi rondaan

Kuching catat kes pembakaran terbuka tertinggi, JBPM giat operasi rondaan