Sarawak fail petisyen di Mahkamah Persekutuan, cabar tiga akta berkaitan petroleum

KUCHING – Sarawak pada Isnin memfailkan petisyen di Mahkamah Persekutuan bagi menentukan kesahihan perlembagaan dan kebolehgunaan tiga akta persekutuan berkaitan petroleum di negeri berkenaan.

Tiga akta terbabit ialah Akta Kemajuan Petroleum 1974, Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, pelaksanaan akta berkenaan menjejaskan serta menafikan hak Sarawak terhadap sumber semula jadi, termasuk minyak dan gas di dasar laut Pelantar Benua dalam sempadan negeri itu.

Menurutnya, di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), hak kedaulatan terhadap sumber petroleum dalam sempadan Sarawak telah diletakkan di bawah kuasa negeri sejak Hari Malaysia, dan bukannya diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan.

“Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966 pada asalnya terpakai di Tanah Melayu sebelum diluaskan ke Sarawak melalui Ordinan selepas Proklamasi Darurat 1969.

“Oleh kerana darurat telah dibatalkan oleh Parlimen pada Disember 2011, kedua-dua undang-undang ini sepatutnya tidak lagi terpakai di Sarawak bermula Jun 2012 berdasarkan Perkara 150(7) Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Langkah kerajaan Sarawak ini juga didorong oleh tindakan syarikat minyak nasional, Petronas, yang memfailkan permohonan pada 10 Januari lalu untuk mencabar kesahihan beberapa undang-undang negeri yang mengawal selia operasi perniagaan mereka di Sarawak.

Tegas Sharifah Hasidah, Sarawak akan membantah permohonan Petronas yang dijadual didengar pada 16 Mac depan kerana ia tidak terletak di bawah bidang kuasa asal eksklusif Mahkamah Persekutuan.

Jelas beliau, penentuan isu perlembagaan melalui petisyen ini amat penting bagi memberi kejelasan terhadap kerangka kawal selia industri minyak dan gas di Sarawak, terutamanya kepada pelabur.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa di sebalik pemfailan petisyen berkenaan, Sarawak kekal komited untuk meneruskan perbincangan yang membina dengan Kerajaan Persekutuan.

“Kita mahu mencapai penyelesaian harmoni yang bukan sahaja dapat memperkukuh perpaduan nasional dan menggalakkan penggunaan sumber secara mampan, tetapi juga membolehkan Sarawak terus menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia,” ujarnya.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan