800 pek nasi briyani licin dalam 30 minit, jalan sesak di Masjid Darul Huda

MUKAH – Sebanyak 800 pek nasi briyani yang diagihkan sempena Ramadan 2026 habis dalam tempoh kurang 30 minit, sekali gus mencerminkan sambutan luar biasa masyarakat di daerah ini terhadap program kebajikan berkenaan.

Program yang berlangsung di Masjid Darul Huda, Kampung Kuala Lama, sekitar jam 4.30 petang tadi menyaksikan orang ramai mula berkumpul seawal jam 4.15 petang sejurus selesai solat Asar sehingga menyebabkan laluan di sekitar kawasan masjid menjadi sesak.

Agihan makanan tersebut merupakan anjuran bersama Pertubuhan Kebajikan dan Amal Jariah Komuniti Kampung Kuala Lama, Badan Khairat Kematian Kampung Kuala Lama Mukah (BKKKL) serta JKKK Kuala Lama dengan kerjasama Ahli Parlimen Mukah merangkap Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Hanifah Hajar Taib, RHB Bank dan 101 Superman Speedmart.

Majlis turut dihadiri Pegawai Daerah Mukah, Paleadzman Ahip; Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias; Pegawai Pendidikan Daerah Mukah, Awang Yusri Awang Adeni serta wakil Pusat Khidmat Mukah.

Program berkenaan bertujuan berkongsi rezeki dan menyantuni masyarakat setempat khususnya golongan memerlukan sempena ketibaan bulan Ramadan.

Penganjur berkata sambutan yang amat menggalakkan itu membuktikan semangat kebersamaan dan perpaduan masyarakat di Mukah yang sentiasa menyokong usaha kebajikan demi kesejahteraan komuniti.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan