Perlu kembalikan ‘kewarasan’ dalam kalangan pemimpin politik dunia – PM

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan politik antarabangsa yang semakin meruncing dan berpotensi menggugat keamanan global.

Perdana Menteri berkata, landskap geopolitik semasa memerlukan tahap kewarasan, kebijaksanaan dan pertimbangan matang yang lebih tinggi dalam kalangan pemimpin dunia bagi mengelakkan ketegangan berpanjangan.

Beliau berkata, dalam suasana dunia yang tidak menentu, usaha memperkukuh perpaduan dan komitmen untuk terus bekerja keras perlu dipertingkatkan, bukan sahaja di dalam negara, malah di peringkat antarabangsa.

“Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk terus beriltizam bekerja lebih keras serta memelihara perpaduan dan juga kewarasan, bukan sahaja di sini, tetapi juga di peringkat antarabangsa.

“Kebimbangan utama saya mengenai politik antarabangsa, yang tidak mahu saya sentuh panjang sekarang, ialah keperluan untuk mengembalikan kewarasan dalam kalangan pemimpin politik.

“Semoga Allah mengurniakan kita cahaya petunjuk itu, mungkin tidak terlalu diperlukan di rantau ini, tetapi di beberapa rantau lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Kementerian Luar bersama Perdana Menteri di Wisma Putra, hari ini.

Turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Lukanisman Awang Sauni serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu terus menyemai nilai keterangkuman dan semangat setiakawan sebagai asas keharmonian negara.

“Ini merupakan antara elemen utama dalam kerangka Madani, iaitu soal hormat. Dalam negara berbilang kaum dan berbilang agama seperti Malaysia adalah penting untuk bergantung kepada keupayaan dan kesediaan kita untuk menerima antara satu sama lain,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap sikap toleransi masyarakat pelbagai kaum, dengan mengambil contoh sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan dalam suasana saling menghormati.

“Bayangkan di Malaysia, masyarakat Cina menganjurkan majlis sambutan Tahun Baharu Cina beberapa hari lebih awal bagi mengambil kira perasaan saudara dan saudari Muslim supaya dapat sama-sama bergembira dalam satu majlis dan menikmati jamuan bersama.

“Saya memberitahu rakan-rakan Cina saya, khususnya yang menganjurkan majlis besar itu, bahawa saya tidak kisah walaupun diadakan dalam bulan Ramadan; jika pada waktu siang saya tidak akan makan, dan pada waktu malam saya akan makan,” katanya.

Related Posts

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, hari ini secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal pentadbiran baharu selepas mendapat perkenan Pemangku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi