Ashwad dilantik Ketua Pengarah Penyiaran

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan pelantikan bekas Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail sebagai Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia yang baharu dan Dr Sharifah Adlina Syed Abdullah sebagai Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran.

Fahmi merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan mereka ke jawatan tersebut, sekali gus berharap kehadiran Ashwad dan Sharifah Adlina dapat terus memacu transformasi industri penyiaran negara.

“Selamat datang ke keluarga Kementerian Komunikasi! Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu, saudara Ashwad Ismail serta Timbalan Ketua Pengarah, Dr Sharifah Adlina Syed Abdullah.

“Semoga kepimpinan yang dibawa terus memperkukuh industri penyiaran negara, memacu inovasi serta menyampaikan maklumat yang sahih dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ashwad berkhidmat dengan Astro Awani lebih 19 tahun sebelum mengumumkan pengundurannya sebagai Ketua Pengarang syarikat itu.

Beliau menggantikan Datuk Suhaimi Sulaiman yang menamatkan perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia pada Jumaat lalu.

Related Posts

MB Kedah, jangan biar rakyat terus meneka!

MENTERI BESAR Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, tidak boleh membiarkan rakyat terus tertanya-tanya berhubung status tanah yang dikaitkan dengan Projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dasar pendidikan percuma terus ditambah baik, pelaksanaan secara berperingkat – Adam Adli

USAHA menyediakan pendidikan percuma telah dilaksanakan secara berperingkat termasuk melalui pelupusan hutang masa depan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap 10,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan garis kemiskinan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

Jerebu: Semua sekolah di Johor ditutup dua hari mulai Khamis

Jerebu: Semua sekolah di Johor ditutup dua hari mulai Khamis

MB Kedah, jangan biar rakyat terus meneka!

MB Kedah, jangan biar rakyat terus meneka!