Abang Johari rai penjawat awam dalam majlis berbuka puasa di Kompleks Satria Pertiwi

KUCHING – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir menyerikan Majlis Berbuka Puasa bersama penjawat awam di Kompleks Satria Pertiwi pada Isnin.

Dalam majlis itu Abang Johari turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada penerima Ikhlas MAKSAK Sarawak berupa wang tunai dan cenderahati.

Terdahulu, ketibaan Abang Johari bersama anakandanya, Dayang Norjihan Tan Sri Abang Johari pada jam 6.45 petang disambut barisan kepimpinan negeri sebelum diteruskan dengan majlis berbuka puasa.

Beliau kemudiannya meluangkan masa menunaikan solat fardu Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih secara berjemaah bersama para hadirin sebelum berakhir dengan majlis jamuan moreh.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah; serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti & Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan