Mahu PH-BN kerjasama tapi isu air Johor jadi mainan politik kelirukan rakyat

JOHOR BAHRU – Cubaan mengaitkan gangguan bekalan air ini dengan pembangunan pusat data adalah naratif politik yang dangkal dan mengelirukan rakyat.

Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Johor, Datuk Adam Abdul Hamid berkata, perbuatan itu dapat dilihat apabila Pemuda Pakatan Harapan (PH) Johor membuat tuduhan berhubung isu gangguan bekalan air di Simpang Renggam dan kawasan utara Pontian baru-baru ini.

Beliau berpandangan, Pemuda PH Johor tidak wajar bercakap soal kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang jika terus mewujudkan persepsi mengelirukan terhadap kerajaan negeri.

“Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sudah pun membuat penjelasan mengenai punca gangguan bekalan air di Johor dalam menjawab dan memperbetulkan tuduhan yang dilemparkan Pemuda PH Johor itu.

“Penjelasan tersebut secara jelas telah membetulkan pelbagai tuduhan tidak berasas yang cuba dimainkan oleh Pemuda PH Johor yang dengan mudah menuding jari kononnya gangguan bekalan air berlaku kerana kerajaan negeri lebih mengutamakan pembangunan pusat data di kawasan Perindustrian Sedenak, Kulai.

“Tuduhan ini bukan sahaja tersasar daripada fakta, malah memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab dalam memahami isu sebenar sebelum membuat kenyataan kepada umum,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Sementara itu, Adam yang juga bekas EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor yang pernah bertanggungjawab terhadap sektor bekalan air negeri menegaskan, sumber bekalan air bagi pusat-pusat data di Sedenak datang dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semangar di Kota Tinggi dengan mengambil air terus daripada aliran sungai yang berterusan.

“Sebaliknya, kawasan mengalami gangguan bekalan air bergantung kepada LRA Empangan Machap yang bekalannya bergantung kepada paras air empangan.
Apabila musim kemarau berlaku, paras air akan menurun dan menjejaskan kapasiti bekalan,” katanya.

Tambah beliau, keadaan terbabit adalah realiti lama yang telah diketahui sejak sekian lama, bukannya isu baharu yang tiba-tiba muncul kerana pembangunan pusat data.

“Kepada Pemuda PH Johor, jika politik terus dimainkan dengan memutar fakta dan menyebarkan persepsi yang mengelirukan, jangan bercakap soal kerjasama. Rakyat Johor memerlukan penyelesaian dan fakta, bukan propaganda,” katanya.

Pasa 12 Februari lalu Pemuda PH Johor menyuarakan masalah bekalan air terutama di Simpang Renggam termasuk kawasan Menteri Besar Johor sendiri iaitu di Machap yang turut terjejas.

Pemuda PH Johor mempersoalkan sama ada gangguan bekalan air itu berpunca daripada projek pusat data yang menggunakan banyak kapasiti air sekali gus menuntut kerajaan negeri memberikan penjelasan terbuka dan telus.

Kemarin, Onn Hafiz dalam reaksinya memaklumkan, gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Johor bukan berpunca daripada projek pembangunan pusat data.

Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap menjelaskan, gangguan bekalan air berpunca daripada kemarau berpanjangan dan penyusutan paras sumber air mentah.-

Related Posts

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

IPOH – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengelak menjawab secara langsung soalan berhubung pendiriannya terhadap janji untuk meletakkan jawatan sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai petunjuk berlakunya penolakan dalam kalangan pengundi Melayu terhadap Pas dan Perikatan Nasional (PN), sekali gus menafikan dakwaan wujudnya ‘gelombang hijau’ yang berterusan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

Argentina tempah slot separuh akhir, kalahkan Switzerland 3-1

Argentina tempah slot separuh akhir, kalahkan Switzerland 3-1

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis