
TAWAU – Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau memindahkan 24 mangsa banjir Kampung Tanjung Batu Keramat ke Balai Raya kampung itu selepas kediaman mereka terjejas banjir.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 9.45 malam dan pasukan Bomba Tawau bergegas ke lokasi sejauh 8 Kilometer.
“Operasi pemindahan membabitkan 16 dewasa dan lapan kanak-kanak.
“Paras air semakin surut dan hujan berhenti,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad.
Operasi kemudian ditamatkan pukul 12.04 tengah malam selepas memastikan kawasan sekitar selamat.


