‘Lao Sheng’ simbol perpaduan, rumah terbuka Tahun Baharu Cina Pekan Saratok rai kepelbagaian

SARATOK – Upacara “Lao Sheng” yang digaulkan bersama sambil melaungkan ucapan tuah dan kemakmuran menjadi simbolik kemeriahan Chinese New Year (CNY) Open House 2026 anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan Saratok yang berlangsung di Dewan Terbuka SJKC Min Syn, pada Sabtu malam.

Majlis bertambah bermakna apabila ADUN Kalaka, Mohammad Duri dan tetamu muslim yang hadir bersama-sama berbuka puasa sebelum acara rasmi dimulakan. Keunikan sambutan kali ini terserlah apabila para tetamu bukan Islam turut menunggu waktu berbuka sebagai tanda hormat terhadap umat Islam sebelum menjamu selera.

Dalam ucapannya, Mohammad Duri berkata, amalan saling menghormati dan memahami budaya serta agama antara satu sama lain merupakan kekuatan utama masyarakat di Saratok.

“Perpaduan yang kita nikmati hari ini bukanlah sesuatu yang datang dengan sendiri, tetapi lahir daripada sikap saling menghormati dan meraikan perbezaan”.

“Saya amat terharu melihat tetamu bersama-sama menunggu waktu berbuka puasa sebagai tanda hormat. Inilah wajah sebenar Saratok yang kita banggakan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada JKKK Pekan Saratok atas penganjuran majlis yang disifatkannya sebagai platform terbaik mengeratkan silaturahim antara kaum.

“Saya mengucapkan terima kasih atas jemputan ini serta tahniah dan syabas kepada JKKK Pekan Saratok atas penganjuran yang begitu meriah. Semoga semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di daerah ini terus subur dan kekal selamanya,” ujarnya lagi.

Majlis turut diserikan dengan acara penyerahan “ang pau” Tahun Baru Cina kepada para tetamu yang hadir, sekali gus mencerminkan tradisi masyarakat Tionghua dalam meraikan perayaan tersebut dalam suasana penuh muhibah dan kebersamaan.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Norlida Sharkawi, isteri ADUN Kalaka; Pele Peter Tinggom, Senator Dewan Negara; Friday Belik, ADUN Krian; Kapitan Gan Eng Kie, Pengerusi JKKK Pekan Saratok; Aida Labu, wakil Pegawai Daerah Saratok; serta Pemanca Lim Guan Ann.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM