Banjir: 87 kampung terjejas, Starlink digerak pulihkan komunikasi di Paitan

PAITAN – Banjir yang disifatkan antara terbesar dalam sejarah kawasan Sugut kini menjejaskan 87 kampung, memaksa pembukaan 22 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan kira-kira 700 mangsa daripada 250 Ketua Isi Rumah (KIR).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, James Ratib berkata, tindakan segera telah digerakkan bagi memastikan penduduk terjejas terus mendapat akses komunikasi dan bantuan logistik yang mencukupi.

“Sebahagian besar kampung terputus hubungan akibat laluan darat dinaiki air selain gangguan rangkaian komunikasi, sekali gus menyukarkan usaha penyelarasan bantuan dan perhubungan dengan ahli keluarga.

“Banjir kali ini antara yang terbesar dalam sejarah Sugut. Keutamaan kita ialah memastikan keselamatan penduduk serta kelancaran operasi bantuan,” katanya dalam satu kenyataan hari, di sini pada Sabtu.

Menurut James, Sabah Net Sdn Bhd telah diarahkan untuk menyelaras dan mempercepat pemasangan kemudahan internet satelit Starlink di kampung-kampung yang terputus jaringan komunikasi.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, langkah itu bertujuan membolehkan penduduk berhubung dengan pihak berkuasa serta ahli keluarga, selain memastikan maklumat berkaitan pemindahan dan bantuan dapat disalurkan dengan lebih pantas dan tepat.

Tambahnya, penyediaan kemudahan komunikasi dan aset logistik adalah komponen kritikal dalam pengurusan bencana, khususnya di kawasan pedalaman yang bergantung kepada akses darat dan rangkaian telekomunikasi yang terhad.

“Kerajaan negeri akan terus memantau perkembangan semasa dan memastikan semua mangsa menerima bantuan sewajarnya sehingga keadaan benar-benar pulih,” jelasnya.

Dalam masa sama, kerajaan negeri turut membekalkan perahu dan enjin sangkut bagi memperkukuh operasi pemindahan mangsa ke PPS serta mempercepat usaha menyelamat di kawasan yang masih dinaiki air.

Sementara itu, operasi pemantauan dan bantuan kini giat dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi keselamatan dan pengurusan bencana, sementara penduduk dinasihatkan supaya mematuhi arahan pihak berkuasa serta berpindah segera ke PPS jika diarahkan demi keselamatan.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM