Kebakaran besar diisytihar bencana di Kota Belud

KOTA BELUD – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Belud telah mengistiharkan kejadian kebakaran besar yang berlaku hari ini sebagai bencana rasmi di daerah berkenaan.

Pegawai Daerah Kota Belud, Peter Jiton yang juga Pengerusi JPBD Kota Belud berkata, selepas penilaian situasi oleh pihak berkuasa berkaitan kebakaran tersebut dikategorikan sebagai bencana berikutan tahap impak dan keperluan penyelarasan menyeluruh antara agensi penyelamat serta keselamatan.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana kebakaran di daerah Kota Belud pada 21 Februari jam 2 petang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Sabtu.

Menurut Peter, setakat ini, operasi pemadaman dan kawalan kebakaran sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat dengan kerjasama pelbagai agensi keselamatan dan kecemasan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan terjejas bagi mengelakkan risiko keselamatan serta memberi laluan kepada jentera penyelamat,” ujarnya.

Sementara itu, pihak berkuasa turut memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan akan menyalurkan maklumat lanjut kepada orang ramai.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM