Manfaatkan lebihan makanan kepada pusat jagaan haiwan

KOTA KINABALU – Usaha kelestarian industri hospitaliti di negeri ini kini melangkaui sempadan pemeliharaan alam sekitar apabila turut menyentuh aspek kebajikan haiwan menerusi inisiatif kitar semula makanan untuk pusat perlindungan anjing terbiar.

Pengurus Besar Hotel Hyatt Regency Hotel Kota Kinabalu, Thor Gervasi berkata, pihaknya melihat terdapat ruang untuk memanfaatkan lebihan makanan daripada dibuang begitu sahaja ke tapak pelupusan sampah.

“Jika sisa ini masih elok dan mampu meringankan beban pusat perlindungan, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk berkongsi dan memastikan ia tidak membazir.

“Kakitangan dapur melaksanakan proses pengasingan secara teliti bagi memastikan hanya sisa makanan yang selamat seperti nasi putih, roti, dan lebihan daging tanpa rempah berlebihan dipilih untuk dihantar ke pusat perlindungan yang dipilih.

“Bagi menjamin kualiti dan kebersihan, kemudahan peti sejuk beku khas disediakan supaya makanan yang dikumpulkan kekal segar sebelum diambil oleh wakil rumah perlindungan untuk diproses semula sebagai hidangan haiwan,” ujarnya.

Meskipun terdapat cabaran dalam memenuhi keperluan diet khusus sesetengah pihak, Thor berkata, pihaknya sentiasa bersikap terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana organisasi yang benar-benar memerlukan.

“Ketika ini, Hotel Hyatt Regency Kota Kinabalu mengambil langkah proaktif membantu mengurangkan beban kos operasi pusat perlindungan yang menempatkan lebih 40 ekor anjing terbiar di Tuaran.

“Pendekatan ini adalah sebahagian daripada komitmen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk menyokong komuniti secara menyeluruh, termasuklah makhluk yang tidak mampu bersuara.

“Kami berharap inisiatif kecil ini mampu memberikan impak yang signifikan terhadap kebajikan haiwan jalanan, di samping membantu premis mencapai matlamat pengurangan sisa makanan harian secara efektif,” kongsinya.

Thor turut menyeru agar lebih banyak organisasi di Sabah tampil menjalin kerjasama strategik agar isu pembaziran makanan dapat ditangani secara kreatif dan bermanfaat untuk ekosistem setempat.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM