Pitas, Paitan, Kota Marudu diisytihar daerah bencana banjir 

KOTA KINABALU – Tiga daerah iaitu Pitas, Paitan dan Kota Marudu diisytiharkan sebagai daerah bencana banjir.

Notis pengisytiharan tersebut dikeluarkan pada jam 6 pagi hari ini (20 Februari 2026) selepas menerima laporan serta maklumat di lapangan daripada agensi-agensi terlibat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Pengisytiharan bencana banjir masing-masing dibuat oleh Pegawai Daerah merangkap Pengerusi JPBD iaitu Meirin Sugara (Kota Marudu), Asdi @ Mohd Faizal Hussin (Pitas) dan Joloning Joe Majambu (Paitan) pada waktu yang sama.

Joloning berkata,  beberapa kawasan di daerah Paitan dikenalpasti sebagai kawasan hotspot mula terjejas. 

Manakala di Kota Marudu, terdapat empat kawasan terjejas iaitu Kg Beliajung, Kg Boruol, Kg Tandek dan Kg Marasinsim. 

Pihak berkuasa daerah bersama agensi keselamatan dan penyelamat kini giat memantau perkembangan semasa serta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk terjejas terus terjaga.

Related Posts

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

KAJANG – Seorang lelaki maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang kemudian melarikan diri ketika mangsa sedang mengalihkan baldi amaran di Kilometer (KM) 13.1 Lebuhraya Cheras-Kajang, malam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental

JERANTUT – Perjalanan tujuh dekad FELDA yang penuh dengan cabaran dan kejayaan berjaya melahirkan generasi peneroka yang cekal serta menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi luar bandar. Ketua Peneroka FELDA Jengka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental

70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental

Pengundian awal di IPD Johor Bahru Utara capai 33 peratus setakat 10 pagi

Pengundian awal di IPD Johor Bahru Utara capai 33 peratus setakat 10 pagi

Belgium bergaya ke suku akhir, tewaskan AS 4-1

Belgium bergaya ke suku akhir, tewaskan AS 4-1

BMW diguna PM hanya pinjaman sementara, bukan pembelian baharu

BMW diguna PM hanya pinjaman sementara, bukan pembelian baharu

SUKMA Selangor 2026 raih tajaan RM8 juta, 17 syarikat hulur sokongan

SUKMA Selangor 2026 raih tajaan RM8 juta, 17 syarikat hulur sokongan