Rumah Bia Juing bakal dinaik taraf, terima RTP 2026

SARATOK – Rumah Bia Juing di Batu Burak, Roban bakal berwajah baharu apabila disenaraikan menerima peruntukan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Kalaka bagi tahun 2026.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohammad Duri berkata, projek tersebut melibatkan kerja menaik taraf dan menggantikan bumbung rumah panjang yang telah uzur demi keselesaan serta keselamatan penduduk.

Menurut beliau, projek itu akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Saratok sebagai agensi pelaksana.

“Pusat Khidmat ADUN Kalaka telah menerima permohonan daripada Tuai Rumah Bia untuk menaik taraf bumbung rumah panjang mereka yang telah lama uzur dan memerlukan penggantian segera.”

“Selepas meneliti keperluan tersebut, saya berbincang bersama agensi dan jabatan terlibat bagi memastikan permohonan ini dapat direalisasikan melalui peruntukan RTP tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas lawatan dan siasatan tapak yang diadakan pada Isnin lepas, yang diwakili oleh Timbalan Ketua Cawangan PBB N.38 Kalaka Kaunselor Kasdi Pandi.

Lawatan tersebut turut disertai Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Roban, Steve Miller Nuas serta wakil agensi pelaksana daripada JKR Daerah Saratok.

Satu sesi dialog ringkas bersama penduduk rumah panjang turut diadakan bagi mendapatkan maklum balas serta pandangan mereka.

Tambah beliau, projek itu mencerminkan komitmen berterusan pihaknya dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di kawasan luar bandar sentiasa diberi perhatian.

“Saya sentiasa memastikan setiap permohonan yang benar-benar memerlukan perhatian akan diberi keutamaan. Kemudahan asas seperti bumbung yang selamat dan kukuh amat penting demi kesejahteraan penduduk rumah panjang,” ujarnya lagi.

Pelaksanaan projek tersebut dijangka memberi manfaat kepada seluruh penghuni Rumah Bia serta meningkatkan kualiti kediaman mereka secara menyeluruh.

Foto: ADUN Kalaka

Related Posts

Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita perlu diperkasa sebagai pemacu pembangunan negeri – Julita

SANDAKAN – Pemerkasaan wanita perlu dilihat secara menyeluruh dengan memberi perhatian terhadap aspek pendidikan, kesihatan, keselamatan, perlindungan serta peluang ekonomi bagi memastikan golongan itu terus menjadi pemacu pembangunan negeri. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan