Pas terdesak sokong Hamzah selagi jawatan pengerusi PN tidak diperoleh

KUALA LUMPUR – Pas dilihat terdesak menyokong Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang selagi jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) tidak diperoleh, selepas hasrat parti itu untuk menerajui PN sebelum ini terbantut akibat bantahan daripada Bersatu, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) dan Gerakan.

Felo Majlis Profesor Negara, Prof Dr Azmi Hassan berkata, pendekatan ‘quick pro quo’ itu membolehkan Pas mengekalkan pengaruhnya dalam blok pembangkang walaupun jawatan tertinggi gagal diraih.

“Memang Pas terhalang niat untuk menjadi Pengerusi PN kerana bangkangan daripada Bersatu, MIPP dan juga Gerakan. Tapi sekarang Pas mempunyai sesuatu apa yang dikatakan ‘quick pro quo’, iaitu mereka akan menyokong Hamzah sebagai Ketua Pembangkang selagi tak dapat jawatan Pengerusi PN. Dalam hal ‘quick pro quo’ ini, langkah Pas dilihat menyebelahi parti tersebut,” katanya.

Pada 14 Feb lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan pertemuan antara pimpinan Pas dan bekas Timbalan Bersatu Malaysia di Rusila, Marang, Terengganu adalah tidak dirancang.

Beliau menjelaskan, pertemuan itu berlaku secara kebetulan dan tidak melibatkan sebarang perbincangan khusus berkaitan parti atau gabungan politik.

Kehadirannya di Rusila adalah kerana menghadiri mesyuarat di Kuala Terengganu sebelum dimaklumkan mengenai kunjungan Hamzah.

Dalam pada itu, Azmi berkata, sokongan terbuka Pas kepada Hamzah kini boleh ditafsir sebagai strategi pragmatik bagi mengekalkan kedudukan dan relevansi dalam politik pembangkang.

Beliau juga mengulas pelancaran gerakan ‘Reset’ oleh Hamzah, yang menurut laporan media adalah berkait dengan penubuhan parti baharu.

“Dengan penubuhan parti baru ini, saya tak nampak kalau nak dipisahkan cita-cita Hamzah untuk kehadapan melalui parti baru dan jawatan dalam parti baru itu. Sukar untuk menerima kenyataan Saifuddin bahawa ini bukan kerana untuk mengejar jawatan, tapi itulah hakikatnya kerana bagi Hamzah dan rakan-rakannya, mereka terbuka semata-mata boleh menyertai Pas, UMNO ataupun Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Azmi menegaskan, walaupun UMNO mungkin lebih sesuai sebagai platform, peluang untuk Hamzah dan sekutunya menaiki kedudukan tertinggi di sana tetap sukar.

“Dalam Pas, lebih mudah untuk naik ke atas atau menjadi calon. Jadi bagi saya, ‘Reset’ itu adalah untuk memanjangkan kerjaya politik dalam kem Hamzah Zainudin,” katanya.

Baru-baru ini, Hamzah menuntut seluruh pemimpin dan wakil rakyat di Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan bahagian yang bersama-sama menyertai perjuangan ‘Reset’ untuk menterjemahkan semangat itu kepada tindakan.

Hamzah yang juga Ketua Pembangkang berkata, ini kerana ‘Reset’ adalah langkah permulaan ke arah pembetulan dan penambahbaikan yang akan menjadi asas kepada pembinaan semula kekuatan kolektif, demi masa hadapan negara yang lebih jelas dan meyakinkan.

Media turut melaporkan, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berpandangan, tawaran Hamzah memimpin gerakan ‘Reset’ politik selepas dipecat Bersatu, dibuat bukan niat untuk mengejar jawatan tetapi untuk membawa rakan seperjuangannya untuk meninggalkan rumah yang reput kepada rumah baru yang lebih kukuh.

Related Posts

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih ramai muka baharu dipertaruh BN pada PRN Johor

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) akan mempertaruhkan lebih ramai muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang sebagai sebahagian usaha menyuntik nafas segar dalam landskap kepimpinan negeri itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai