KPDN Labuan sita 180 liter diesel tanpa permit

LABUAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan menyita 180 liter minyak diesel dalam satu pemeriksaan di tapak pembinaan di Jalan Kiansam, selepas didapati disimpan tanpa permit sah.

Dalam satu kenyataan KPDN Labuan memaklumkan pemeriksaan telah dijalankan oleh dua pasukan penguat kuasa menerusi Ops Pantau 2026 dan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2026 pada Khamis.

“Hasil pemeriksaan mendapati pemilik premis menyimpan minyak diesel sebanyak 180 liter di dalam sembilan gelen tanpa mengemukakan permit menyimpan atau kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan ketika diminta.

“Satu kes telah dibuka di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan semua nilai sitaan minyak diesel dianggarkan berjumlah RM477.

“Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM1 juta atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Manakala bagi syarikat, denda sehingga RM2 juta boleh dikenakan bagi kesalahan pertama, tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan tersebut pada pada Jumaat.

Selain itu, dalam pemeriksaan berasingan sepanjang pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina 2026, seorang peniaga runcit di kawasan luar bandar turut dikenakan kompaun kerana gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal, iaitu ubi kentang import dari China.

Menurut KPDN Wilayah Persekutuan Labuan, mana-mana individu atau syarikat yang menjalankan urus niaga melibatkan barang kawalan berjadual hendaklah memiliki lesen, permit atau kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan sebagaimana diperuntukkan di bawah undang-undang.

Pemantauan dan penguatkuasaan akan diteruskan sepanjang tempoh Ops Pantau 2026 dan pelaksanaan SHMMP bagi memastikan tahap pematuhan peniaga serta kestabilan bekalan di pasaran kekal terjamin.

Related Posts

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

TELUPID – Empat individu maut selepas kereta Proton Saga BLM yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori Isuzu di hadapan Kedai Makan Rosalinda, Kampung (Kg) Gambaron, di sini pada Rabu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mendakwa beliau menandatangani Surat Cara Proklamasi yang tular baru-baru ini dalam keadaan terpaksa. Beliau berkata, laporan polis telah dibuat kira-kira jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangan Surat Cara, buat laporan polis

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

Azeez tidak mengaku salah guna kedudukan dalam TH jadi Pengerusi Putrajaya Perdana

Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter

Kerajaan Sarawak salur sumbangan RM100,000 buat keluarga mangsa nahas helikopter