Pas didakwa terdesak, isu jawatan Pengerusi PN belum capai kata sepakat

TINDAKAN berulang kali mengumumkan hasrat mengadakan mesyuarat bagi melantik Pengerusi Perikatan Nasional (PN) daripada Pas menimbulkan persoalan mengenai tahap persetujuan dalaman gabungan itu.

Pemerhati politik, Raggie Jessy Rithaudeen berkata, perkembangan berkenaan mencerminkan kemungkinan masih belum wujud kesepakatan antara parti-parti komponen PN berhubung cadangan tersebut.

“Kalau benar sudah ada persetujuan dalaman, tidak timbul keperluan untuk mengumumkan berkali-kali mengenai mesyuarat dan pelantikan Pengerusi daripada Pas.

“Keadaan ini memberi gambaran seolah-olah Pas sedang cuba meyakinkan parti lain dalam PN atau mencabar mereka untuk menafikan kewujudan mesyuarat serta cadangan pelantikan itu,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, selagi Pengerusi PN sedia ada, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak merestui sebarang mesyuarat rasmi, adalah sukar untuk mesyuarat tersebut diadakan mengikut prosedur biasa.

Jelasnya, satu-satunya saluran yang boleh digunakan ialah melalui mesyuarat luar biasa, namun langkah itu memerlukan sokongan mencukupi daripada parti-parti komponen.

“Setakat ini, tidak ada petunjuk jelas bahawa sokongan mencukupi telah diperoleh bagi menggerakkan mesyuarat luar biasa atau membuat perubahan struktur kepimpinan,” katanya.

Raggie turut berpendapat, sebarang usaha menukar struktur kepimpinan, termasuk cadangan menubuhkan Majlis Presiden bagi menggantikan jawatan Pengerusi tunggal, memerlukan persetujuan menyeluruh semua parti dalam gabungan berkenaan.

Katanya, tanpa kesepakatan jelas, usaha menukar kepimpinan hanya akan menonjolkan perbezaan pandangan dalam kalangan parti komponen serta memberi persepsi wujud ketegangan dalaman.

“Dalam politik gabungan, kestabilan amat bergantung pada persefahaman. Jika isu kepimpinan masih diperdebatkan secara terbuka, ia memberi isyarat bahawa rundingan dalaman belum benar-benar dimuktamadkan,” katanya.

Pas baru-baru ini menegaskan hasrat untuk menerajui PN, dengan memaklumkan bahawa calon bagi jawatan Pengerusi sudah dikenal pasti dan akan diputuskan dalam mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi (MT) gabungan itu yang dijadual berlangsung Ahad ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu telah mencapai persetujuan dalaman untuk memimpin PN, selain mendakwa perkara berkenaan turut dipersetujui oleh rakan komponen dalam gabungan terbabit.

Ketika ini, PN dianggotai empat parti utama iaitu Pas, Bersatu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia dan Parti Solidariti Tanah Airku.

Pelantikan Pengerusi baharu adalah tertakluk kepada peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan gabungan berkenaan.

Related Posts

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PERKEMBANGAN terkini dalam Perikatan Nasional (PN), khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, menimbulkan persoalan besar yang perlu dijawab oleh Pas, iaitu sama ada parti itu benar-benar berkeupayaan memimpin sebuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperketatkan proses saringan dan pengesahan terhadap pelarian serta tahanan warganegara Myanmar sebelum mereka dihantar pulang bagi memastikan hanya individu yang disahkan kewarganegaraannya dibawa kembali ke negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan