Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin.

Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah kira-kira jam 8.00 pagi selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias berkata, pemeriksaan fizikal awal di lokasi tidak menemui sebarang barang salah pada suspek sebelum dia dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut.

“Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Hasil soal siasat awal juga mendapati suspek mengaku mula terlibat dengan penyalahgunaan dadah sejak Oktober tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menambah, suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Mukah dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, serta perintah pengawasan polis.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

KABONG – Baru seminggu dipercayai menjalankan kegiatan sebagai ejen tambah nilai judi dalam talian, seorang wanita tempatan berusia 32 tahun ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah kedai runcit di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI