Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, kejadian kira-kira pukul 9.48 pagi itu tidak membabitkan sebarang mangsa.

“Sebaik menerima panggilan dan bergegas ke lokasi, pasukan bomba terus memulakan operasi memadam kebakaran menggunakan dua aliran sepanjang 400 kaki dengan tiga pancutan air daripada pili bomba berhampiran dan tangki air.

“Rumah kongsi Blok 1 dan Blok 2 masing-masing mempunyai enam pintu, manakala Blok 3 mempunyai dua pintu dan Blok 4 sebanyak enam pintu,” ujarnya ketika dihubungi The Malaysia Press, pada Isnin.

Menurutnya, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran pukul 10.25 pagi dan menyelamatkan sebuah blok rumah kongsi tiga pintu serta dua rumah kediaman berhampiran daripada turut terbakar.

Operasi tamat sepenuhnya pada 2.19 petang selepas pihak bomba memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.

Related Posts

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

KABONG – Baru seminggu dipercayai menjalankan kegiatan sebagai ejen tambah nilai judi dalam talian, seorang wanita tempatan berusia 32 tahun ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah kedai runcit di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI