Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

KABONG – Baru seminggu dipercayai menjalankan kegiatan sebagai ejen tambah nilai judi dalam talian, seorang wanita tempatan berusia 32 tahun ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah kedai runcit di pekan Kabong, pada petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek ditahan pada jam 3.30 petang menerusi Op Dadu yang dijalankan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok.

Beliau berkata, operasi yang diketuai oleh Inspektor Henry Muji itu membawa kepada penahanan suspek yang ketika kejadian berada bersendirian di kaunter premis berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, pihak polis turut merampas sebuah telefon pintar berwarna emas serta sejumlah wang tunai yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Mathew, siasatan awal mendapati suspek yang menyasarkan pelanggan di sekitar pekan Kabong itu mengaku baru menjalankan aktiviti jualan judi dalam talian tersebut.

Suspek yang berasal dari Kapit dan menetap di Kabong selepas berkahwin kira-kira dua tahun lalu itu, dipercayai melakukan kegiatan berkenaan sebagai sumber pendapatan sampingan.

“Wanita yang mempunyai dua orang anak serta tiada pekerjaan tetap itu dipercayai mula menjalankan aktiviti terbabit sebaik sahaja mula bekerja di kedai runcit berkenaan kira-kira seminggu lalu,” jelasnya.

Bagaimanapun, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati dia negatif daripada pengaruh dadah.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI