Hanya 10,000 jemaah dibenarkan solat Jumaat sepanjang Ramadan

BAITULMUQADDIS – Israel mengehadkan jumlah jemaah Palestin dari Tebing Barat yang diduduki kepada 10,000 orang bagi menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa sepanjang bulan Ramadan.

Pihak berkuasa Israel turut mengenakan sekatan umur, dengan hanya membenarkan individu lelaki berusia 55 tahun ke atas, wanita lebih 50 tahun dan kanak-kanak sehingga 12 tahun, untuk memasuki kawasan berkenaan.

Agensi Kementerian Pertahanan Israel yang menguruskan hal ehwal sivil di wilayah Palestin, COGAT, memaklumkan 10,000 jemaah Palestin akan dibenarkan memasuki kawasan Temple Mount untuk solat Jumaat sepanjang Ramadan, tertakluk kepada permit harian khas yang diperoleh lebih awal.

“Kemasukan lelaki dibenarkan bermula umur 55 tahun, wanita dari umur 50 tahun dan kanak-kanak sehingga umur 12 tahun apabila ditemani saudara mara pertama,” menurut kenyataan agensi itu yang dipetik AFP.

COGAT berkata, sekatan berkenaan hanya terpakai kepada rakyat Palestin dari Tebing Barat.

“Semua permit juga tertakluk kepada kelulusan keselamatan terlebih dahulu oleh pihak berkuasa berkaitan.

“Selain itu, penduduk yang melakukan perjalanan untuk menunaikan solat di Temple Mount dikehendaki menjalani proses dokumentasi digital di pusat pemeriksaan ketika kembali ke kawasan Judea dan Samaria selepas selesai solat,” katanya.

Sejak perang di Gaza tercetus pada Oktober 2023, jumlah kehadiran jemaah di Masjid al-Aqsa dilaporkan menurun berikutan kebimbangan keselamatan dan sekatan oleh Israel.

Gabenor Baitulmuqaddis Palestin minggu ini berkata, pihak berkuasa Israel menghalang Wakaf Islam, badan yang ditadbir Jordan dan menguruskan tapak berkenaan, daripada melaksanakan persiapan rutin menjelang Ramadan, termasuk memasang struktur teduhan dan menubuhkan klinik perubatan sementara.

Imam kanan Masjid al-Aqsa, Sheikh Muhammad al-Abbasi turut memberitahu AFP beliau juga dihalang daripada memasuki kawasan itu.

“Saya dilarang memasuki masjid selama seminggu dan perintah itu boleh diperbaharui.

“Saya juga tidak dimaklumkan mengenai alasan larangan itu yang mula berkuat kuasa pada Isnin lepas,” katanya.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bang Mat saksi perjuangan panjang Anwar bawa islah kepada negara – Mat Sabu

Bang Mat saksi perjuangan panjang Anwar bawa islah kepada negara – Mat Sabu

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

Anwar mahu PKR jadi wadah semua generasi

Anwar mahu PKR jadi wadah semua generasi

Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

  • By Fatin
  • August 15, 2026
Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

Pesta Makan Tahun Kedayan platform pelancongan budaya, jana ekonomi setempat

Pesta Makan Tahun Kedayan platform pelancongan budaya, jana ekonomi setempat