Azam Baki disiasat ikut undang-undang, jangan hukum berdasarkan persepsi

KUALA LUMPUR – Isu membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, mesti disiasat berlandaskan undang-undang, bukannya digerakkan berdasarkan sentimen politik atau persepsi semata-mata.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses itu perlu dilakukan sebelum sebarang tindakan dibuat, terutama membabitkan penjawat awam yang telah lama berkhidmat dan berkorban tenaga dalam melaksanakan amanah negara.

Katanya, adalah tidak adil untuk menjatuhkan hukuman sebelum siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus dan tidak seharusnya masyarakat terburu-buru menghukum mana-mana individu atau institusi sebelum proses siasatan lengkap dilaksanakan mengikut lunas perundangan.

“Jangan beri gambaran seolah-olah semuanya buruk. Ini yang saya nak tekankan dan cara kita selesai ini, bagi saya ini undang-undang. Kalau ada aduan-aduan yang benar, bawa ke mahkamah, proses ini sama seperti mana yang kita bicarakan sekarang dalam kes SPRM.

“Bagi saya, saya tidak fikir saudara-saudara yang bekerja ini, yang berhempas pulas, terus dihukum sebelum siasat.

“Saya tidak pilih jalan itu. Siasat, kalau perlu tindakan, kita ambil tindakan. Kalau perlu hukuman, ikut hukum,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan program Ihya Ramadan, pada Khamis.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Timbalannya, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan, sebarang tindakan tidak boleh dipengaruhi rasa tidak senang, tekanan politik atau kepentingan kelompok tertentu.

“Jangan kita hukum kerana kebetulan orang itu kita tidak senangi, atau kerana ada dorongan politik, atau kita bertindak kerana orang itu pernah mengambil tindakan kepada kelompok yang kita kaitkan. Kita harus teliti,” katanya.

Terdahulu, Bloomberg dalam laporannya mendedahkan Azam memiliki saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.

Bagaimanapun, Azam dalam sidang medianya menegaskan pegangan saham bernilai RM800,000 itu dibuat secara telus dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.

Kerajaan kemudian menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat segala dakwaan dan perkara berbangkit yang dikaitkan dengan Azam.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penubuhan jawatan kuasa itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan perdana menteri.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar yang mengetuai Jawatankuasa Khas Siasatan berhubung isu pemilikan saham tersebut mengesahkan siasatan sudah pun bermula.

Jawatankuasa itu turut dianggotai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican, bagi memastikan siasatan dijalankan secara bebas dan berintegriti.

Related Posts

Bayangan langkah baharu kerajaan menjelang Belanjawan 2027 – Anwar

AYER KEROH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan akan mengumumkan beberapa langkah baharu kerajaan dalam tempoh terdekat, sebelum memperincikan perubahan berkenaan menerusi pembentangan Belanjawan 2027 pada Oktober…

Lebih lanjut

teruskan membaca
5.3 juta penerima STR Fasa 3 bermula hari ini – MoF

KUALA LUMPUR – Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 mula disalurkan secara berperingkat hari ini kepada 5.3 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion. Jumlah penerima itu meningkat 300,000…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bayangan langkah baharu kerajaan menjelang Belanjawan 2027 – Anwar

Bayangan langkah baharu kerajaan menjelang Belanjawan 2027 – Anwar

5.3 juta penerima STR Fasa 3 bermula hari ini – MoF

5.3 juta penerima STR Fasa 3 bermula hari ini – MoF

Anwar tegaskan memang berlaku ‘sakau’ dalam Tabung Haji

Anwar tegaskan memang berlaku ‘sakau’ dalam Tabung Haji

AUKU dimansuh, akta baharu pendidikan tinggi lebih komprehensif bakal digubal – Menteri

AUKU dimansuh, akta baharu pendidikan tinggi lebih komprehensif bakal digubal – Menteri

Bang Mat saksi perjuangan panjang Anwar bawa islah kepada negara – Mat Sabu

Bang Mat saksi perjuangan panjang Anwar bawa islah kepada negara – Mat Sabu

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah