Vinicius jadi wira, aksi dicemari isu perkauman

BINTANG Brazil, Vinicius Junior menjaringkan gol sensasi untuk menghadiahkan Real Madrid kemenangan 1-0 ke atas Benfica dalam aksi pertama play-off Liga Juara Eropah, awal pagi tadi.

Namun, perlawanan itu dicemari dakwaan penghinaan berunsur perkauman terhadap pemain Brazil berkenaan.

Gol menarik Vinicius pada minit ke-50 menerusi rembatan lencong ke menjadi pemisah di Estadio da Luz.

Namun sejurus selepas itu, dia terlibat pertikaman lidah dengan pemain Benfica, Gianluca Prestianni, sebelum mengadu kepada pengadil Perancis, Francois Letexier.

Perlawanan dihentikan lebih 10 minit apabila Letexier mengaktifkan protokol antiperkauman selepas Vinicius mendakwa beliau dipanggil ‘mono’ (monyet dalam bahasa Sepanyol).

Pemain tengah Madrid, Aurelien Tchouameni, berkata Vinicius memaklumkan rakan sepasukan bahawa Prestianni menggelarnya ‘monyet’.

“Vini dalam keadaan baik dan tenang,” kata jurulatih Madrid, Alvaro Arbeloa kepada Movistar.

“Perkara seperti ini tidak disukai sesiapa. Anda perlu bertanya kepada pemain Benfica apa yang dia katakan.

“Perkauman adalah sesuatu yang perlu dihapuskan daripada dunia bola sepak.

“Jika pemain sendiri tidak membetulkannya, ia akan menjadi sangat rumit”, ujar Arbeloa.

Sementara itu, jurulatih Benfica, Jose Mourinho, dilayangkan kad merah pada penghujung perlawanan selepas membantah secara keterlaluan dan akan terlepas aksi timbal balik di Santiago Bernabeu minggu depan menentang bekas kelabnya itu.

Madrid kendalian Arbeloa meraih kemenangan tipis tetapi penting di Lisbon, sekali gus membalas dendam kekalahan dramatik 4-2 kepada Benfica pada fasa liga sebelum ini.

Kehadiran semula bintang Perancis, Kylian Mbappe, yang sebelum ini diketepikan akibat kecederaan lutut, turut memperkukuh jentera Madrid.

Related Posts

Portugal kekal rekod menang 100 peratus, kalahkan Norway 2-1

JUARA bertahan Portugal mengekalkan rekod 100 peratus kemenangan dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah UEFA selepas menewaskan Norway 2-1 di laman sendiri pada Ahad sekali gus mengesahkan tempat ke pusingan suku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

MAX Verstappen mencipta detik manis dengan mengulangi kejayaan sembilan tahun lalu apabila muncul juara Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang berlangsung dalam keadaan penuh dramatik lewat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya kosong

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Malaysia menua terlalu pantas,  kerajaan mula bertindak

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Belanjawan 2027: MMA mahu penghijrahan doktor sektor awam ditangani

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Sembilan tahun menanti, F1 kembali meriahkan Sepang – PM

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Dua lelaki bermotosikal rempuh anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Padungan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan

Jerebu masih tidak reda di tujuh kawasan