Contohi kesetiaan legenda Mokhtar Dahari – Sultan Selangor

PEMAIN bola sepak generasi hari ini patut mencontohi semangat dan kegigihan pemain terdahulu yang setia kepada pasukan tanpa berbelah bahagi.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah, jasa dan bakti pemain terdahulu kepada pasukan Selangor wajar dijadikan teladan oleh pemain masa kini.

“Ketika pasukan Selangor diterajui oleh Datuk Seri Harun Idris pada era 60-an, Beta masih ingat dan menyaksikan sendiri bagaimana para pemain mempamerkan kesetiaan luar biasa kepada pasukan.

“Mereka bermain sepenuh jiwa, bukan demi nama peribadi tetapi demi lencana di dada, warna merah kuning dan maruah negeri.

“Beta masih ingat slogan keramat Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari iaitu ‘Saya hidup dan mati untuk Selangor’. Semangat inilah yang Beta harapkan terus hidup dan menjadi pedoman kepada generasi pemain hari ini.

“Apa yang boleh kita pelajari daripada pemain terdahulu ialah kesetiaan mereka yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan,” titah Baginda pada majlis pelancaran buku Gemilang: Sejarah Perjalanan Bola Sepak Selangor di Stadium Merdeka, semalam.

Baginda turut mengimbau senario bolasepak Selangor dari era 1960-an hingga 1980-an yang ketika itu tidak memiliki pemain import, namun tetap mampu mendominasi liga, menjuarai piala utama dan mencatat kejayaan di peringkat antarabangsa.

“Fokus diberikan kepada usaha mencungkil bakat tempatan dari setiap daerah di Selangor, membentuk anak-anak negeri dengan disiplin, kesungguhan dan rasa cinta mendalam kepada pasukan.

“Pendekatan ini melahirkan pemain berjiwa besar serta mewujudkan hubungan emosional kukuh antara pasukan dan penyokong.

“Beta amat kagum dengan semangat dan kegigihan pemain serta penyokong ketika itu yang berjaya menjulang nama Selangor sebagai pasukan yang digeruni dan disegani,” titahnya.

Baginda turut merakamkan penghargaan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) atas sokongan kepada pasukan.

“Sejarah kegemilangan Selangor tidak lengkap tanpa menyebut nama besar seperti Allahyarham Mokhtar Dahari bersama Datuk Santokh Singh, Datuk Soh Chin Ann, mendiang Dato’ R. Arumugam, Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat.

“Selain itu mendiang Datuk M. Chandran, Datuk Zainal Abidin Hassan, Azman AdrIan dan ramai lagi yang bukan sahaja mencipta kemenangan, malah membina satu legasi yang kekal terpahat dalam ingatan rakyat Selangor,” titahnya.

Related Posts

City kalahkan Liverpool 3-0

MANCHESTER City membalas sambutan dingin penyokong tuan rumah di Anfield dengan menewaskan Liverpool 3-0 hasil jaringan babak kedua Erling Haaland, Jeremy Doku dan Rayan Cherki, sekali gus mengekalkan rekod sempurna…

Lebih lanjut

teruskan membaca
United hanya mampu seri 1-1 lawan Tottenham

MICHAEL Carrick mengakui Manchester United perlu lebih bijak mengawal permainan dan memiliki mentaliti lebih kental selepas sekali lagi mensia-siakan kelebihan, kali ini ketika diikat Tottenham Hotspur 1-1 di Old Trafford,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

PN gagal tangguh tindakan penggantungan aktiviti oleh ROS

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

TAVIS sahut aspirasi Belanjawan 2027, perkasa pendidikan digital

Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Markas 13 Briged Infantri dirancang berpindah ke Tawau

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Misteri rangka manusia dalam dua guni, buruh Rohingya direman tujuh hari

Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72kg ganja

Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72kg ganja