Di manakah ketulusan, integriti Bersatu

PUTRAJAYA – Ketua Bersatu Bahagian Johor Bahru, Datuk Zulkifli Bujang mendakwa, pemecatan keahliannya oleh Lembaga Disiplin parti dibuat tanpa melalui proses disiplin yang telus dan adil.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu memberitahu, pihaknya menerima surat panggilan menghadiri sidang Lembaga Disiplin ketika berada di luar negara atas urusan yang telah dijadualkan lebih awal.

Menurut beliau keputusan pemecatan tersebut dimaklumkan lewat petang Khamis menerusi sepucuk surat yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp oleh Lembaga Disiplin parti.

“Untuk makluman, surat panggilan menghadiri sidang Lembaga Disiplin hanya saya terima ketika berada di luar negara atas urusan yang telah dijadualkan lebih awal.

“Sejurus menerima surat tersebut, saya telah memohon agar satu tarikh baharu ditetapkan bagi membolehkan saya pulang ke tanah air dan hadir memberikan penjelasan secara bersemuka.

“Namun, saya dimaklumkan telah dipecat petang Khamis lalu menerusi sepucuk surat yang dihantar Lembaga Disiplin parti melalui aplikasi WhatsApp,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, keadaan itu menimbulkan persoalan serius terhadap ketelusan serta integriti proses disiplin parti, selain melihat Lembaga Disiplin seolah-olah digunakan bagi memenuhi agenda pihak tertentu.

“Perkembangan itu menguatkan persepsi bahawa wujud pengaruh kartel yang mengawal keputusan strategik parti demi mencapai tujuan politik tertentu.

“Walaupun kecewa, saya tetap menghormati keputusan yang dibuat parti, namun berpendapat tindakan pemecatan secara beramai-ramai itu tidak matang dan tidak mencerminkan semangat demokrasi,” katanya.

Pada Sabtu, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin bersama beberapa lagi kepimpinan parti itu diperingkat bahagian seluruh negara, dipecat didakwa kerana melanggar Perlembagaan Bersatu. 

Related Posts

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih ramai muka baharu dipertaruh BN pada PRN Johor

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) akan mempertaruhkan lebih ramai muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang sebagai sebahagian usaha menyuntik nafas segar dalam landskap kepimpinan negeri itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai