PERSOALANNYA mudah.
Kenapa bila SPRM mula “menyental” penjenayah rasuah tanpa pilih bulu, tiba-tiba muncul peluru dari luar negara?
Kenapa setiap kali jerung mula dipancing, ada sahaja gelombang yang cuba memutuskan tali?
Jawapannya juga mudah.
Sebab sekarang ramai yang sedang panas buntut.
- BILA KUCING RAJIN KEJAR TIKUS
Orang tua-tua pernah kata :
Kita bela kucing bukan sebab dia comel.
Kita bela sebab dia pandai kejar tikus.
Kalau rumah penuh tikus, jangan marah kucing yang mencakar.
Marah tikus yang mencuri beras.
Masalahnya hari ini, ada yang tak suka kucing rajin.
Sebab tikus-tikus itu… mungkin kawan mereka.
Mungkin sekutu mereka.
Mungkin tuan sebenar rumah itu.
Kalau kucing itu mati, tikus bebas berpesta.
Itu yang sedang berlaku.
- SERANGAN BILA RASUAH DISENTUH
Sejak dua setengah tahun ini, angka yang disebut bukan kecil.
Lebih RM15 bilion wang negara diselamatkan.
RM15 bilion bukan duit kopi.
Itu duit sekolah anak-anak miskin.
Itu duit hospital.
Itu duit subsidi rakyat.
Bila wang sebesar itu berjaya dikeluarkan dari persembunyian, logiknya :
Siapa yang rugi?
Bukan rakyat.
Yang rugi ialah yang menyimpan.
- TAKTIK LAMA : ROSAKKAN INTEGRITI DULU
Dalam politik dan perang persepsi, caranya selalu sama :
- Serang reputasi.
- Timbulkan syak.
- Paksa bercuti.
- Hentikan kontrak.
- Lumpuhkan institusi.
Bila orang tak boleh jatuhkan tindakan, mereka jatuhkan watak.
Ini bukan cerita baru.
Dalam sejarah Islam pun, bila tak mampu lawan kebenaran, mereka akan :
— Fitnah.
— Sebar syubhah.
— Main persepsi.
Allah sudah sebut :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا
“Wahai orang-orang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (tabayun) terlebih dahulu” – (Surah al-Hujurat: 6).
Masalahnya hari ini, ada yang lebih percaya laporan luar tanpa tabayun.
- KENAPA SEKARANG?
Kenapa tidak dahulu?
Kenapa ketika rasuah “sunyi” tidak ada gegaran besar?
Kenapa bila tindakan makin agresif, peluru persepsi makin laju?
Sebab sekarang, ramai yang dulu kebal, sudah tidak kebal.
Yang dulu kebal politik, kini berdepan risiko undang-undang.
Dan bila rasa terancam, naluri manusia akan mempertahankan diri — walau dengan apa cara sekalipun.
- JANGAN KELIRU ANTARA TEGURAN DAN AGENDA
Kalau benar ada salah, siasat.
Kalau benar ada pelanggaran, proseskan.
Itu prinsip keadilan Islam.
Tetapi jika tuduhan dijadikan senjata untuk melemahkan institusi yang sedang memburu perasuah, itu bukan lagi soal integriti.
Itu soal menyelamatkan diri.
Rakyat kena cerdik membaca permainan ini.
- RUMAH TANPA KUCING
Bayangkan rumah tanpa kucing.
Tikus bukan sahaja makan beras.
Dia gigit wayar.
Dia rosakkan rumah.
Akhirnya satu rumah terbakar.
Negara pun begitu.
Kalau institusi anti-rasuah dilemahkan, yang rugi bukan orang politik.
Yang rugi rakyat biasa.
- SOALNYA BUKAN AZAM BAKI SEORANG
Ini bukan soal seorang individu.
Ini soal mesej :
Kalau kamu berani sentuh rasuah besar, kamu akan diserang.
Kalau kamu lembut dan pejam mata, kamu akan selamat.
Rakyat kena pilih.
Nak kucing yang kejar tikus?
Atau tikus yang kelihatan comel tapi makan harta negara?
- KHULASAH
Kalau benar seseorang di landasan yang betul, teruskan.
Serangan tidak semestinya tanda salah.
Kadang-kadang ia tanda kita sedang menyentuh tempat yang paling sakit.
Dan dalam perjuangan membanteras rasuah, memang tidak akan ada tepukan dari penyangak.
Yang akan tepuk hanyalah rakyat yang mahu negara bersih.
Tahniah kepada yang berani.
Dan kepada yang sedang gelisah…
Mungkin sudah tiba masa cermin dibersihkan.
Oleh: HFM | Pengasas QLP.
Sumber: Facebook Abied Abdullah.




