Sandakan perlu jeti moden sokong pergerakan pelancong – Vivian

SANDAKAN – Sandakan memerlukan sebuah jeti pelancongan baharu bagi memudahkan pergerakan pelancong ke pulau-pulau peranginan di sekitar daerah itu.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berkata, ketika ini kebanyakan pelancong yang ingin ke pusat peranginan di pulau berhampiran terpaksa menaiki bot dari jeti berhampiran Pasar Pusat Bandar atau kawasan sebelah Pejabat Pos.

Menurutnya, keadaan tersebut bukan sahaja kurang selesa, malah pengurusan jeti yang bersifat eksklusif turut menimbulkan kebimbangan dari aspek keselamatan pelancong.

“Sandakan mempunyai potensi besar dalam sektor eko pelancongan, warisan sejarah dan budaya serta biodiversiti yang unik.

“Justeru, kerajaan perlu mempertimbangkan secara serius cadangan pembinaan jeti pelancongan baharu di Sandakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2026 di Dewan Rakyat, di sini, pada Rabu.

Vivian turut menjelaskan keperluan itu menjadi lebih mendesak susulan pembukaan semula bekas Hotel Four Points by Sheraton yang kini dikenali sebagai Hotel Ormond, selain perancangan pembangunan pusat pelancongan baharu di Pulau Berhala.

Dalam pada itu, beliau menyatakan pembangunan infrastruktur asas di Sandakan tidak boleh terus dipinggirkan dan memerlukan perhatian lebih serius daripada Kerajaan Persekutuan.

“Ketika para pelabur melihat potensi pembangunan Sandakan dan sanggup melaburkan modal di kawasan ini, kerajaan juga perlu bergerak seiring dengan memperkukuh serta melengkapkan kemudahan infrastruktur.

“Langkah ini penting bagi menarik lebih ramai pelabur untuk melabur di Sandakan,” ujarnya.

Related Posts

SMFC pamer teknologi AI dan sistem bersepadu MFC Opar di Sarawak Agrofest 2026

BINTULU – Sarawak Metropolitan Food Cluster (SMFC) Consortium mempamerkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan sistem bersepadu yang menyokong pembangunan Metropolitan Food Cluster (MFC) Opar sempena Sarawak Agrofest 2026. Pameran itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konsert Israel Houghton: Polis Sabah nasihat tangguh dahulu

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah menasihatkan supaya konsert penyanyi antarabangsa, Israel Houghton, yang dikatakan dijadualkan berlangsung di Kota Kinabalu pada Oktober ini tidak diadakan dahulu, mengambil kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tun Siti Hasmah dikebumikan di sebelah pusara Tun Endon

Tun Siti Hasmah dikebumikan di sebelah pusara Tun Endon

SMFC pamer teknologi AI dan sistem bersepadu MFC Opar di Sarawak Agrofest 2026

SMFC pamer teknologi AI dan sistem bersepadu MFC Opar di Sarawak Agrofest 2026

Konsert Israel Houghton: Polis Sabah nasihat tangguh dahulu

  • By Ithma
  • September 28, 2026
Konsert Israel Houghton: Polis Sabah nasihat tangguh dahulu

Krisis Negeri Sembilan: Lebih 60 soalan diajukan kepada bekas Exco

Krisis Negeri Sembilan: Lebih 60 soalan diajukan kepada bekas Exco

Kajian masa depan institut pengajian tinggi perlu dipandang serius – PM

Kajian masa depan institut pengajian tinggi perlu dipandang serius – PM

Kemajuan teknologi harus berpaksikan sifat kemanusiaan, moraliti – PM Anwar

Kemajuan teknologi harus berpaksikan sifat kemanusiaan, moraliti – PM Anwar