Solar terapung pertama di Sabah jana 13.2MW

PENAMPANG – Projek solar terapung berkapasiti 13.2 megawatt (MW) di Empangan Babagon muncul sebagai projek solar terapung pertama di Sabah, sekali gus menandakan langkah baharu negeri ini dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, projek berkenaan bukan sahaja menambah kapasiti penjanaan tenaga negeri, malah menjadi pemangkin kepada lebih banyak pelaburan dalam sektor tenaga hijau.

“Ini mungkin bukan projek yang terlalu besar, tetapi kita harap ia menjadi permulaan kepada banyak lagi inisiatif tenaga boleh diperbaharui di Sabah.

“Projek di Empangan Babagon itu menyumbang 13.2MW kepada grid negeri dan digabungkan dengan sebuah lagi ladang solar 15MW di Batu Sapi, Sandakan menjadikan keseluruhan tambahan kapasiti baharu sebanyak 28.2MW,” katanya kepada media selepas melancarkan projek utama Jetama di Empangan Babagon di sini, pada Rabu.

Tambahnya, Kerajaan Negeri berharap pembangunan solar terapung tersebut dapat membantu menstabilkan bekalan elektrik, khususnya di kawasan yang berdepan cabaran penjanaan kuasa, termasuk di Pantai Timur Sabah.

“Projek berkenaan turut dimeterai dengan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) selama 25 tahun dan dibiayai melalui pinjaman bank komersial,” ujarnya.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun