Kenyataan Hadi Bukti Pas berdepan krisis kepimpinan – Lokman Adam

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menyifatkan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung krisis di Perlis sebagai pengakuan jujur bahawa parti itu sedang berdepan masalah dalaman yang serius.

Beliau berkata, Abdul Hadi sendiri mengakui krisis berkenaan berpunca daripada sikap ‘gila jawatan’ selain wujudnya isu tidak wala’ dan tidak setia kepada parti dalam kalangan pemimpin.

“Apabila Presiden sendiri menyebut tentang tidak wala’ dan tidak setia, ini menggambarkan bahawa masalah dalam Pas bukan lagi persepsi, tetapi realiti.

“Lebih membimbangkan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas didakwa bertindak bertentangan dengan keputusan Presiden dan Jawatankuasa Pas Pusat,” katanya dalam satu hantaran video di Facebook.

Hari ini, Abdul menyuarakan kekecewaan terhadap sikap segelintir anggota parti yang disifatkan tidak menunjukkan tahap ketaatan dan kesetiaan sewajarnya kepada kepimpinan di peringkat pusat dan negeri.

Beliau turut memberi peringatan keras kepada ahli parti di Perlis berikutan isu ketidakpatuhan terhadap kepimpinan negeri dan pusat, susulan timbulnya aduan berkaitan salah laku serta pertikaian dalaman yang mencetuskan ketegangan dalam organisasi.

Mengulas lanjut, Lokman berkata, situasi itu menunjukkan kepimpinan Abdul Hadi kini tidak lagi dihormati sepenuhnya, bukan sahaja di peringkat akar umbi, malah dalam kalangan wakil rakyat parti sendiri.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana wakil rakyat yang sebelum ini berikrar setia kepada parti sanggup mengambil keputusan yang bercanggah dengan arahan kepimpinan tertinggi.

“Keadaan ini menunjukkan bahawa apa yang berlaku bukan isu kecil, sebaliknya mencerminkan wujudnya masalah serius dalam kepimpinan parti ketika ini.

Sehubungan itu, katanya yang berpandangan berpandangan Abdul Hadi wajar melakukan muhasabah diri dan menilai semula pendekatan kepimpinan bagi mengelakkan perpecahan yang lebih serius.

Dalam masa sama, Lokman turut mengaitkan perkembangan itu dengan pergolakan dalam Perikatan Nasional (PN), termasuk isu perebutan jawatan Pengerusi gabungan berkenaan selepas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau mendakwa persaingan melibatkan kem tertentu dalam Pas dan Bersatu, termasuk kumpulan yang dikaitkan dengan Datuk Seri Hamzah Zainudin, memperlihatkan perpecahan yang semakin ketara dalam blok pembangkang.

“Apabila perebutan jawatan menjadi keutamaan, ia hanya akan memburukkan lagi keadaan dan menjejaskan keyakinan penyokong,” katanya

Related Posts

Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

SIPITANG – Isu bekalan tenaga kini menjadi antara cabaran terbesar yang dihadapi banyak negara di seluruh dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, ketidak tentuan geopolitik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tegaskan keutamaan pembangunan Sabah termasuk daerah terpencil

SIPITANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa pembangunan di Sabah mesti dinikmati secara menyeluruh sehingga ke kawasan pedalaman dan daerah terpencil, bukan hanya tertumpu di bandar utama.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

Anwar tegaskan keutamaan pembangunan Sabah termasuk daerah terpencil

Anwar tegaskan keutamaan pembangunan Sabah termasuk daerah terpencil

Platform media sosial perlu bertindak pantas kekang berita palsu menjelang PRN – Fahmi

Platform media sosial perlu bertindak pantas kekang berita palsu menjelang PRN – Fahmi

PRN Sarawak: Komuniti Ngemah diseru terus bersatu padu

PRN Sarawak: Komuniti Ngemah diseru terus bersatu padu

Gadis pengsan ketika mendaki bukit bersama 18 rakan

Gadis pengsan ketika mendaki bukit bersama 18 rakan

Albert Tei terima pelawaan debat KP JKOM

Albert Tei terima pelawaan debat KP JKOM