Kanak-kanak tiga tahun maut, tiga cedera dalam kemalangan Kelisa dan MPV polis

IPOH– Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Kelisa dan kenderaan pelbagai guna (MPV) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jalan Ipoh–Lumut berhampiran Puncak Jelapang, di sini, pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Chong Zee Han disahkan meninggal dunia pada jam 4.32 petang ketika sedang dirawat akibat kecederaan parah dialami.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, ibu mangsa berusia 34 tahun yang memandu kereta Perodua Kelisa mengalami kecederaan di bahagian muka.

Menurutnya, dua anggota polis yang menaiki MPV jenis Honda Civic milik PDRM masing-masing mengalami kecederaan di kaki, patah bahu kiri serta luka pada kelopak mata.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika MPV yang dipandu seorang anggota lelaki berusia 48 tahun bersama seorang lagi anggota berusia 42 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Lumut menghala ke Jelapang.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Kelisa yang datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan MPV tersebut, lalu menyebabkan perlanggaran,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Beliau berkata, pelanggaran itu mengakibatkan keempat-empat mangsa mengalami kecederaan dan dikejarkan ke HRPB untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Tambahnya, kedua-dua kenderaan terlibat mengalami kerosakan teruk di hampir keseluruhan bahagian termasuk cermin hadapan yang pecah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

“Polis juga sedang mengesan rakaman kamera papan pemuka serta saksi bebas bagi membantu siasatan,” katanya.

Related Posts

Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

TAWAU – Kerajaan Sabah merancang menghidupkan semula laluan penerbangan Tawau–Tarakan, Indonesia yang terhenti sejak pandemik COVID-19, sebagai langkah strategik merancakkan semula sektor pelancongan serta merangsang pertumbuhan ekonomi rantara kedua-dua wilayah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

PENAMPANG – Kerajaan Sabah akan terus menuntut hak pemberian 40 peratus hasil Persekutuan di Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melalui rundingan kerajaan dengan kerajaan (G to G)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

  • By Fatin
  • August 10, 2026
Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara