Kerajaan umum diskaun 50 peratus tol sempena Tahun Baharu Cina

KERAJAAN memutuskan untuk memberi diskaun 50 peratus ke atas tol sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, dengan anggaran kos pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya sekitar RM19.5 juta.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah itu dibuat selaras dengan usaha kerajaan menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat daripada pelbagai kaum dan agama.

“Diskaun tol akan dilaksanakan mulai 12.01 tengah malam 14 Februari hingga 11.59 malam 15 Februari. Ia diharap dapat meringankan kos perjalanan rakyat yang pulang ke kampung atau bercuti sempena perayaan ini serta menjelang Ramadan,” jelas beliau.

Diskaun terbabit hanya terpakai bagi kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol, dan bagi Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang. Ia tidak termasuk plaza tol di sempadan negara, iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara–Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Laluan Kedua Malaysia–Singapura.

Menurut Nanta, pemilihan tarikh itu bertujuan mengurangkan kesesakan trafik dan membolehkan operasi serta penyelarasan logistik di hentian sebelah dan rehat dan rawat (R&R) berjalan lancar.

Beliau menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan dengan baik, mematuhi had laju dan papan tanda, serta memanfaatkan aplikasi MyPLUS-TTA dan TuJu Highway Navigation Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk cadangan waktu perjalanan.

Orang ramai juga digalakkan menyemak maklumat trafik terkini melalui saluran rasmi LLM atau menghubungi pusat pengurusan trafik bagi memastikan perjalanan lebih selamat dan lancar.

Related Posts

Dua anggota tentera terkorban semasa menjalani latihan bom

SUNGAI PETANI – Malang tidak berbau telah meragut nyawa dua anggota tentera akibat kecederaan parah terkena letupan bom ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun di sini, hari ini. Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Enam perusahaan terlibat ‘kartel penipuan’ pembekalan makanan berdepan penalti kewangan

PUTRAJAYA – Enam perusahaan berdepan penalti kewangan selepas didakwa terlibat dalam kartel penipuan bida bagi satu tender pembekalan makanan bernilai RM5.7 juta yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi