Pergolakan PN makin jelas, Pas dan Bersatu umum calon berasingan malam ini

PUTRAJAYA – Pas dan Bersatu dijadualkan mengadakan majlis pengumuman calon secara berasingan walaupun masih di bawah bumbung Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Berdasarkan hebahan dibuat Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melalui Facebook miliknya, Pas dijadualkan mengadakan majlis pengumuman calon PRN Johor di Laman Muafakat, Bakri pada pukul 8.30 malam, pada Khamis.

Sementara itu, Bersatu dijadualkan mengadakan ceramah umum dan majlis pengumuman calon di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pagoh iaitu kawasan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pukul 8 malam ini.

Dalam hantaran hebahan program itu, Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan ia membabitkan pengumuman calon Bersatu yang bertanding atas tiket PN.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan berhubung pengumuman calon membabitkan tiga lagi parti komponen PN iaitu Gerakan, MIPP dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang baru saja diterima masuk ke dalam gabungan tersebut.

Pada Rabu, PN mengadakan mesyuarat agihan kerusi PRN Johor dengan dipengerusikan oleh Pengarah Pilihan Raya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Dalam mesyuarat itu, Muhammad Sanusi mengesahkan semua parti komponen yang bertanding akan menggunakan logo PN dalam pilihan raya tersebut.

Beliau juga memaklumkan, Bersatu akan bertanding paling banyak kerusi dalam PRN Johor namun tidak mendedahkan butiran lanjut berhubung agihan kerusi.

Berdasarkan perkongsian Ahmad Samsuri di Facebook, beliau telah menurunkan tandatangan watikah calon PN untuk PRN Johor membabitkan Pas, Bersatu, Gerakan, MIPP dan Pejuang malam semalam.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP