Mohd Ismail Ayob angkat sumpah sebagai ADUN Lamag

KINABATANGAN – Mohd Ismail Ayob (Miha) selamat mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag pada 10 Februari 2026 dalam Istiadat Angkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, pada Selasa.

Upacara angkat sumpah tersebut disempurnakan di hadapan Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim Yahya.

Menerusi hantaran di Facebook, Miha menzahirkan rasa syukur atas amanah yang diberikan oleh rakyat Lamag dan menyifatkan tanggungjawab itu sebagai satu kepercayaan besar yang perlu digalas dengan penuh komitmen.

“Sebagai wakil rakyat, saya berikrar untuk melaksanakan tugas dengan penuh keikhlasan, integriti dan rasa tanggungjawab, berpaksikan Perlembagaan serta undang-undang negeri Sabah demi kebajikan dan kesejahteraan semua,” katanya.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Barisan Nasional (BN), parti-parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta Pakatan Harapan (PH) atas sokongan, kerjasama dan kepercayaan yang diberikan.

Menurutnya, kejayaan tersebut juga tidak akan tercapai tanpa sokongan padu jentera BN serta masyarakat Lamag yang sama-sama berjuang dan bertungkus-lumus memenangkan calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan dan Lamag baru-baru ini.

“Insya-Allah, saya akan terus bekerja, mendengar suara rakyat dan membawa aspirasi Lamag dengan sebaik-baiknya,” ujarnya.

Beliau turut memohon doa serta sokongan berterusan daripada semua pihak agar diberikan kekuatan untuk menggalas amanah dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Related Posts

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Perhentian (Stage Bus Service Transformation – (SBST)) di Sabah menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat, wakil rakyat serta rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

PARIT – Jabatan Pertanian Negeri Perak terus memperkukuh usaha memperkasa golongan wanita dalam sektor pertanian menerusi penganjuran Kursus Asas Penanaman Sayur-Sayuran yang disertai 30 peserta daripada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu