Miss World 2025 kagum dengan budaya dan keindahan Sabah

KOTA KINABALU – Miss World 2025, Opal Suchata, meluahkan rasa kagum terhadap keindahan alam semula jadi, budaya serta sikap mesra masyarakat Sabah sepanjang lawatan beliau ke negeri ini.

Beliau berkata, sejak pertama kali menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu, beliau merasakan banyak persamaan antara Sabah dan tempat asalnya iaitu Phuket, khususnya dari segi cuaca, landskap pulau, keindahan alam serta kebaikan hati penduduk setempat.

“Namun lebih daripada itu, saya melihat betapa indahnya masyarakat di sini memelihara budaya dan warisan mereka serta persekitaran yang cantik.

“Ke mana sahaja saya memandang, saya melihat pokok-pokok yang indah berdiri teguh, memberikan angin dan teduhan kepada masyarakat di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di majlis ‘Atkinson Clock Tower: A Timeless Commitment: Heritage and Environmental Preservation’ with Miss World 2025 di Menara Jam Atkinson, di sini pada Selasa.

Jelasnya, untuk menjaga sebuah taman memerlukan seseorang yang setia, sanggup mencurahkan hati dan masa untuk menjaganya serta menyiram tanaman.

“Perkara yang sama juga terpakai kepada budaya, warisan dan alam sekitar. Saya percaya ia bukan usaha seorang individu sahaja tetapi memerlukan seluruh komuniti, serta masa, hati dan jiwa kita untuk menyiram tanaman bukan sekadar memberi makanan tetapi memelihara dan memuliharanya,” katanya.

Beliau turut menegaskan konsep ‘beauty with a purpose’ bukan hanya menyentuh kehidupan manusia malah merangkumi tanggungjawab memelihara alam semula jadi demi generasi akan datang.

Sementara itu, Miss World Malaysia 2025, Taanusitya Chetty, turut mengakui pengalaman berada di Sabah memberikan perspektif berbeza khususnya apabila menyaksikan keindahan matahari terbenam yang disifatkannya sebagai luar biasa dan tidak pernah dialami sebelum ini.

“Matahari terbenam yang indah ini lahir daripada perancangan dan penjagaan alam yang baik. Semakin kita menjaga alam semula jadi, semakin banyak keindahan yang Tuhan kurniakan,” katanya.

Taanusitya turut menekankan kepentingan mendidik kanak-kanak untuk mencintai alam sekitar sejak kecil termasuk melalui aktiviti menanam pokok dan memelihara alam.

“Setiap benih yang ditanam akan berkembang menjadi bunga kegemaran mereka dan bunga itu akan menarik rama-rama kegemaran mereka,” ujarnya dengan maksud yang mendalam.

Beliau turut menggunakan metafora kitaran hidup rama-rama, khususnya rama-rama kebangsaan Raja Brooke, sebagai simbol proses pertumbuhan, perubahan dan keindahan yang lahir daripada kesabaran serta penjagaan berterusan.

Related Posts

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

TENOM – Program kebun sekolah yang bertujuan memupuk kesedaran terhadap keterjaminan makanan serta keusahawanan pertanian dalam kalangan pelajar dijangka diperluaskan secara besar-besaran di seluruh Sabah bermula tahun hadapan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah dan Doa Awal Tahun Baharu Hijrah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi