Iran tidak gentar ugutan Amerika Syarikat

PARIS – Iran menolak sekeras-kerasnya ugutan Amerika Syarikat (AS) dan menegaskan tidak akan sekali-kali melepaskan haknya untuk memperkaya uranium dalam rundingan dengan Washington, sambil menolak sebarang cubaan intimidasi termasuk ancaman peperangan.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata, Tehran tidak akan tunduk kepada tekanan ketenteraan AS, meskipun Washington sebelum ini mengancam untuk campur tangan susulan tindakan keras pihak berkuasa Iran terhadap penunjuk perasaan antikerajaan.

Berucap dalam satu forum di Teheran yang dihadiri AFP, Araghchi menyatakan Iran mempunyai tahap kepercayaan yang rendah terhadap Washington dan meragui kesungguhan pihak AS dalam menyertai rundingan baharu secara jujur.

Beliau turut memaklumkan Iran sedang berunding dengan rakan strategiknya, China dan Rusia berhubung proses rundingan tersebut.

“Mengapa kami begitu bertegas mempertahankan pengayaan uranium dan enggan melepaskannya, walaupun peperangan dipaksakan ke atas kami? Kerana tiada sesiapa berhak menentukan tingkah laku kami.

“Penempatan ketenteraan mereka di rantau ini tidak menakutkan kami,” katanya, merujuk kepada kehadiran kapal pengangkut pesawat AS, USS Abraham Lincoln di Laut Arab.

AS dan Iran menyambung semula rundingan pada Jumaat lalu di Oman, buat kali pertama sejak perang 12 hari Israel terhadap republik Islam itu pada Jun tahun lalu, yang turut disertai AS.

Iran berusaha mendapatkan penghapusan sekatan ekonomi AS sebagai pertukaran kepada apa yang digambarkan Araghchi sebagai ‘satu siri langkah pembinaan keyakinan berkaitan program nuklear’.

Negara Barat dan Israel, yang dipercayai satu-satunya negara di Asia Barat memiliki senjata nuklear mendakwa Iran berusaha membangunkan bom atom, tuduhan yang dinafikan Tehran.

Related Posts

Malaysia sambut baik persefahaman AS-Iran demi keamanan Asia Barat

KUALA LUMPUR – Malaysia menyambut baik perkembangan positif hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran susulan persefahaman yang dicapai kedua-dua negara ke arah menamatkan permusuhan di Asia Barat. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
14,000 mangsa masih tertimbus bawah runtuhan Gaza, pengecaman kian rumit

JAWATANKUASA Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mengeluarkan amaran bahawa ribuan rakyat Palestin yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan di Gaza mungkin tidak akan dapat dikenal pasti identiti mereka selama-lamanya. Laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi