Muhyiddin sudah hilang aura dan kredibiliti pimpin Bersatu

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa berundur secara terhormat kerana peranannya dilihat tidak lagi sesuai untuk membawa parti dan Perikatan Nasional (PN) ke hadapan.

Ketua Bahagian Bersatu Kepala Batas, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq mengakui sumbangan Muhyiddin kepada parti, namun menegaskan Ahli Parlimen Pagoh itu tidak lagi sesuai untuk menerajui Bersatu.

Katanya, beliau antara ahli yang terawal dipanggil mengadap Muhyiddin apabila isu akuan bersumpah (SD) mula heboh.

“Sekiranya kemelut dalaman parti tidak dapat diselesaikan, bagaimana Muhyiddin mampu menjadi pemimpin negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.

“Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang yang sayangkan parti dan inginkan parti kuat menjelang PRU16 akan datang supaya berterus terang dengan beliau.

“Apabila ditanya kenapa, saya berhujah sudah sampai masanya beliau memberi laluan kepada pengganti untuk menerajui parti. Parti perlu kuat dan kukuh untuk menghadapi perang PRU16 nanti,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Khaliq Mehtab berkata, Muhyiddin sebelum ini pernah beberapa kali menzahirkan perancangan beliau untuk berundur, berehat dan meluangkan masa dengan keluarga tersayang.

Menurut beliau, SD berkenaan tidak menyatakan Muhyiddin perlu berundur segera, sebaliknya perlu ada pelan peralihan kepimpinan.

“Tetapi waktu untuk pelaksanaan pelan peralihan kepimpinan haruslah betul dan beliau sendiri diberikan masa bagi melaksanakan pelan berkenaan.

“Muhyiddin sendiri terkait dengan kes mahkamah yang boleh menjejaskan kredibiliti beliau dan juga kredibiliti parti, di mana beliau adalah presiden, sepatutnya beliau fokus terlebih dahulu untuk menyelesaikan dan menjernihkan kembali reputasinya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, Muhyiddin seharusnya memberi laluan kepada individu yang dipersetujui oleh beliau sendiri.

Khaliq Mehtab berpendapat, tindakan itu adalah demi kesinambungan dan kemaslahatan parti seperti mana yang dipersetujui dalam pelan peralihan kepimpinan supaya individu berkenaan dapat mengambil alih nakhoda parti ini.

“Masa kepimpinan Tan Sri (Muhyiddin) sudah berakhir. Sekiranya kemelut dalaman parti sendiri tidak mampu diselesaikan.

“Apatah lagi untuk memikul tanggungjawab sebagai pemimpin negara menjelang PRU16. Oleh itu, dengan penuh hormat, saya menyeru supaya Tan Sri berundur,” katanya.

Related Posts

Kepimpinan Bersatu Besut letak jawatan, isyarat krisis dalaman semakin parah

BESUT – Kemelut dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat semakin meruncing apabila sekumpulan pemimpin utama Bersatu Bahagian Besut mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta dalam satu pertemuan khas yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ceraikan Bersatu hanya alasan keluar PN untuk bersama Hamzah dan Reset

PUTRAJAYA – Penamatan kerjasama Pas terhadap Bersatu hanyalah alasan dalam mencari jalan keluar agar dapat bergerak bersama Datuk Seri Hamzah Zainudin serta gerakan dikaitkan dengan ‘Reset’. Sumber tertinggi Bersatu memaklumkan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei