Miri teguhkan identiti budaya dengan Karnival Tahun Baharu Cina

MIRI – Sambutan Tahun Baharu Cina di sini semakin meriah dengan penganjuran Karnival Tahun Kuda 2026 yang menyajikan pelbagai aktiviti kebudayaan dan persembahan menarik, sekali gus mengukuhkan imej Miri sebagai destinasi pelancongan berteraskan budaya.

Karnival yang berlangsung selama 10 hari itu diadakan di pekarangan parkir terbuka Pusat Beli-belah Boulevard bermula 5 hingga 14 Februari ini, dari jam 5 petang hingga 11 malam.

Sebanyak lebih 50 gerai mengambil bahagian dengan menawarkan pelbagai juadah Tahun Baharu Cina, makanan tempatan serta hasil kraf tangan yang mengetengahkan warisan masyarakat Cina dan kepelbagaian budaya Sarawak.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man berkata, suasana meriah yang ditampilkan dalam karnival tersebut jelas mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Miri.

“Sambutan Tahun Baharu Cina di Miri wajar diraikan secara meriah kerana ia bukan sahaja memperkukuh identiti budaya, malah mengeratkan hubungan masyarakat setempat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Miri turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas komitmen menjayakan karnival tersebut.

Tambah Chiew, penganjuran acara berskala besar amat penting selari dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY2026) bagi menarik kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa.

“Kerjasama dengan pelbagai organisasi akan terus diperkukuh bagi menganjurkan lebih banyak program seumpama ini pada masa hadapan demi memajukan industri pelancongan Miri yang menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi setempat,” ujarnya.

Sepanjang karnival berlangsung, kehadiran lebih 25,000 pengunjung disasarkan, yang dijangka memberi impak positif kepada sektor peruncitan dan pelancongan kulinari di bandar raya ini.

Para pengunjung turut disajikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan setiap malam termasuk tarian singa dan naga, tarian tradisional Cina serta persembahan etnik Sarawak seperti Ngajat Iban dan tarian buluh Bidayuh.

Related Posts

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Perhentian (Stage Bus Service Transformation – (SBST)) di Sabah menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat, wakil rakyat serta rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

PARIT – Jabatan Pertanian Negeri Perak terus memperkukuh usaha memperkasa golongan wanita dalam sektor pertanian menerusi penganjuran Kursus Asas Penanaman Sayur-Sayuran yang disertai 30 peserta daripada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu