Penjawat awam Sabah digesa tingkat kecekapan, utamakan hasil

TAWAU – Semua penjawat awam negeri Sabah, khususnya di Tawau digesa agar meningkatkan mutu kerja agar lebih cekap, pantas dan berfokus kepada hasil, bukan hanya bergantung kepada peranan jabatan tertentu semata-mata.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, rakyat hari ini semakin celik dan matang dalam menilai prestasi kerajaan.

“Mereka bukan sahaja menuntut penyelesaian tetapi menilai sikap, kecekapan dan kejujuran kita dalam menyelesaikan masalah.

“Mereka tidak lagi menerima alasan yang berulang-ulang, atau penjelasan teknikal yang panjang tetapi tidak menyelesaikan isu sebenar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan amanatnya dalam Majlis Jamuan Makan Tengah Hari KBSK bersama ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan di Borneo Royale Hotel, pada Isnin.

Menurut Nizam, aduan berkaitan air, elektrik dan jalan raya adalah isu yang paling kerap diterimanya dan memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian rakyat.

“Apabila perkara ini berulang tanpa penyelesaian yang jelas, kepercayaan rakyat terhadap kerajaan akan terhakis, walaupun usaha telah dibuat di peringkat tertentu.

“Justeru, isu-isu ini tidak boleh terus ditangani secara terpisah atau bersifat reaktif.

“Kita tidak boleh hanya menunggu aduan menjadi tular, barulah bertindak, sebaliknya perlu beralih kepada pendekatan yang lebih proaktif, bersepadu dan berorientasikan penyelesaian, khususnya bagi perkhidmatan asas yang menjadi nadi kehidupan rakyat, ” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau mengharapkan semua penjawat awam di setiap peringkat melihat isu air, elektrik dan jalan raya bukan sekadar sebagai tugasan jabatan masing-masing tetapi sebagai tanggungjawab bersama kerajaan negeri.

“Setiap kelewatan, kegagalan koordinasi dan keputusan yang ditangguhkan akhirnya akan ditanggung oleh rakyat dan dipertanggungjawabkan kepada kepimpinan kerajaan,” ujarnya.

Related Posts

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

GOPENG – Penantian pasangan suami berbaloi apabila menjadi pemenang utama hadiah cabutan bertuah, sebuah motosikal jenis SM Sport 110cc di Program MADANI Kita (PMK) Bersama-sama Komuniti Simpang Pulai@Gopeng bertempat di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK

KUCHING – Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah mengedarkan sebanyak 200 bungkusan barangan penajaan dan bahan promosi Hari Malaysia 2026 kepada orang awam di Balai Pelepasan, Lapangan Terbang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK

KSU Kementerian Komunikasi edar 200 bungkusan promosi Hari Malaysia 2026 di LTAK

Isu Baja 3 lewat, pengarah urusan ditahan SPRM

Isu Baja 3 lewat, pengarah urusan ditahan SPRM

Gagasan Rakyat yakini pendekatan jelas Hajiji pertahan, selesai segera 40 peratus hak Sabah

  • By Fatin
  • September 13, 2026
Gagasan Rakyat yakini pendekatan jelas Hajiji pertahan, selesai segera 40 peratus hak Sabah

48 jurutera empat negara bina kemudahan Klinik Kesihatan Telipok

  • By Ezmie
  • September 13, 2026
48 jurutera empat negara bina kemudahan Klinik Kesihatan Telipok