Modi puji kejayaan Malaysia kendali Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

PUTRAJAYA – Perdana Menteri India, Narendra Modi memuji kebijaksanaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memimpin ASEAN sepanjang 2025 dan memberi pengiktirafan tinggi terhadap fokus Malaysia pada pembaharuan.

Kejayaan Perdana Menteri mengendalikan Sidang Kemuncak ASEAN, kata Modi, dapat mengimbangi hubungan kuasa besar serta memeterai perjanjian damai penting.

“Ia sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia di pentas antarabangsa,” kata Modi.

Antara kejayaan utama Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 adalah menerusi peranan aktif Malaysia hingga menyaksikan Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand dimeterai.

Sidang itu juga menyaksikan pengiktirafan dunia terhadap kemampuan kepimpinan Anwar.

“Begitu juga dengan fokus Perdana Menteri Malaysia terhadap reformasi dan kebijaksanaan dalam ASEAN sepanjang tahun lalu,” tambahnya.

Disebabkan itu, jelas Modi, beliau memilih Malaysia sebagai destinasi lawatan rasmi pertamanya untuk tahun 2026.

Related Posts

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

JOHOR BAHRU – Seramai 19,471 pengundi awal atau 94.49 peratus daripada keseluruhan pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 telah menunaikan tanggungjawab mengundi hari ini. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

JOHOR BAHRU – Sebanyak 18 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya dibuka Polis Johor hasil daripada 56 laporan polis yang diterima sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang