Himpunan GARAH: Zamri Vinoth, Tamim Dahari antara ditahan

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan lima individu termasuk Zamri Vinoth dan Tamim Dahari ditahan dan akan direman bagi membantu siasatan susulan perhimpunan Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram (GARAH) di hadapan kompleks beli-belah Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman, pada Sabtu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, Zamri yang merupakan penyelaras Himpunan GARAH, dan Tamin  pengasas TanahMalaya.Com, masih dalam tahanan dan permohonan reman telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Saya ingin sahkan bahawa polis telah membuat tangkapan terhadap individu bernama Zamri Vinoth dan Tamim Dahari.

“Ketika ini kedua-dua mereka masih ditahan dan permohonan reman telah dibuat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen KL (IPK), pada Ahad.

Mengulas lanjut, Fadil berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 [Akta 15], Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 ke atas kedua-dua individu berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya juga menahan 17 individu mengikut Seksyen 105 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] bagi tindakan pencegahan atas penglibatan dengan perhimpunan itu sebelum dibebaskan dengan jaminan.

“Polis menerima pemakluman himpunan daripada pihak penganjur terdiri daripada Gabungan Pendakwah Bebas dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang diadakan 8 malam (Sabtu)

“Setelah pertimbangan dan risikan keselamatan, polis tidak membenarkan perhimpunan diadakan. Polis turut menerima 131 laporan polis berhubung perhimpunan ini,” katanya.

Fadil berkata, kira-kira 100 individu berhimpun untuk mendesak tindakan diambil ke atas pencerobohan pembinaan kuil yang dibina tanpa kebenaran.

“Susulan itu, pihak polis menjalankan tangkapan ke atas 19 orang terdiri 15 lelaki dan empat wanita termasuk Zamri dan Tamim yang mana kesemua mereka berusia 30 hingga 64 tahun.

“Penahanan mereka bagi mengelak daripada berlaku apa-apa yang lebih teruk atau perkara yang tidak dapat dijangka atau berlaku jenayah lain akibat himpunan ini.

“Kita juga menahan tiga lelaki yang terbabit dalam hasutan membabitkan kes ini dan kertas siasatan disiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948,” katanya.

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi