Ewon sumbang 22 kepala singa dan naga kepada persatuan Cina Penampang

PENAMPANG – Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan sebanyak 22 kepala singa termasuk dua kepala naga kepada pelbagai persatuan dan kelab tarian singa di dalam kawasan Parlimen Penampang sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026.

Ewon yang juga Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembagunan Perindustrian dan Pengangkutan berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha memelihara warisan budaya serta memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum.

“Ini adalah satu program tahunan yang saya laksanakan setiap kali menjelang sambutan Tahun Baharu Cina. Pada tahun ini, selain 22 kepala singa dan naga, turut disumbangkan sebuah kepala naga oleh seorang tokoh korporat di Penampang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan upacara buka mata singa dan naga, di sini, pada Sabtu.

Ewon berkata, inisiatif tersebut mencerminkan komitmen kepimpinan tempatan dalam memastikan tradisi dan warisan kebudayaan masyarakat Cina terus dipelihara dan diwarisi dari generasi ke generasi akan datang.

“Inilah manifestasi kepelbagaian kaum di Penampang dan di Sabah yang mesti dipertahankan serta diteruskan sebagai contoh kepada kawasan lain, khususnya dalam memperkukuh perpaduan dan semangat saling hormat-menghormati,” ujarnya.

Ewon turut menyifatkan bulan Februari sebagai tempoh yang unik apabila Ramadan bermula hanya dua hari selepas Tahun Baharu Cina, sekali gus menggambarkan keistimewaan Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama.

“Masyarakat Kristian juga akan memasuki satu musim penting Lent iaitu bulan puasa bagi umat Kristian, sekali gus menggambarkan dinamika kepelbagaian agama di negara ini yang terus dipelihara melalui sikap saling menghormati.

“Kita bertuah kerana walaupun berbeza latar belakang dan pandangan politik, rakyat masih mampu hidup bersama secara aman. Tidak banyak negara di dunia yang dapat meraikan kepelbagaian seperti ini.

“Saya mengajak semua rakyat di sebalik perbezaan politik pandangan kita tentang kebudayaan dan tradisi ini mesti dipertahankan kerana bila kita berpecah akan menjejaskan Persekutuan Malaysia dan keharmonian kita di negara ini,” kongsinya.

Related Posts

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

LUMUT – Cubaan 34 pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara secara haram melalui laluan laut gagal selepas tindakan pantas Maritim Malaysia dan Pasukan Gerakan Am (PGA) memintas sebuah bot…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat cedera kemalangan bas, treler

MARAN – Empat individu cedera ringan selepas bas dinaiki 19 pelajar dan dua guru sebuah pusat tahfiz terbabit dalam kemalangan dengan treler di Jalan Besar Jengka 18, di sini, petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

Jerebu: Sembilan kawasan Sarawak dan Johan Setia catat IPU tidak sihat

Empat cedera kemalangan bas, treler

Empat cedera kemalangan bas, treler