Cubaan 34 PATI ceroboh masuk laluan laut gagal

LUMUT – Cubaan 34 pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara secara haram melalui laluan laut gagal selepas tindakan pantas Maritim Malaysia dan Pasukan Gerakan Am (PGA) memintas sebuah bot disyaki dari Indonesia di Pantai Teluk Frigi, awal pagi semalam.

Kesemua mereka yang terdiri daripada 22 lelaki dan 12 perempuan ditahan dalam operasi bersepadu Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak bersama PGA di Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Perak, kira-kira jam 5 pagi.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, operasi yang bermula pada 8 Ogos itu membabitkan dua aset Maritim Malaysia iaitu KM Nusa dan Bot Penggalang 1639 bagi menjalankan rondaan, pengesanan serta pemintasan bot yang disyaki membawa PATI.

Menurutnya, pada jam 4.20 pagi, Bot Penggalang 1639 mengesan sebuah bot dipercayai dari Indonesia dalam keadaan gelap dan bergerak menuju ke Pantai Teluk Frigi.

“Menyedari kehadiran aset penguat kuasa, bot tersebut bertindak memecut laju menuju ke arah pantai sebelum merapat di kawasan berkenaan.

“Tim Darat PGA yang berada di lokasi kemudiannya bertindak pantas dan berjaya menahan 34 orang PATI pada jam 5 pagi,” katanya.

Kesemua PATI kemudiannya diserahkan kepada pihak PGA untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Kejayaan itu sekali gus membuktikan keberkesanan kerjasama dan tindakan bersepadu antara Maritim Malaysia dan PGA dalam membanteras cubaan kemasukan PATI serta aktiviti rentas sempadan menerusi laluan laut.

Maritim Malaysia menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh penguatkuasaan dan pemantauan di perairan negara bagi mengekang aktiviti rentas sempadan yang menyalahi undang-undang, termasuk penyeludupan migran dan kemasukan PATI melalui laluan laut.

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah