14 PATI ditahan dalam Operasi Bersepadu ESSCOM di Sandakan

SANDAKAN – Seramai 14 individu lelaki dan wanita dewasa dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Bersepadu Daerah Sandakan yang dikoordinasikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) pada 5 Februari lalu.

Operasi berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta pelbagai jabatan dan agensi Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Komander ESSCOM, Deputi Komisioner Polis (DCP)  Datuk Victor Sanjos berkata, kesemua PATI terbabit diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sandakan atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63.

Menurut Victor, seorang lelaki turut ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine atau syabu di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Operasi dijalankan di sekitar bandar Sandakan serta kawasan penempatan koloni setinggan, pinggir bandar dan kampung dengan objektif membanteras penyeludupan barang kawalan, bersubsidi dan tidak bercukai, selain mengekang penyusupan PATI serta kesalahan lain.

“Selain itu, operasi keselamatan turut dilaksanakan di laluan ketirisan yang dikenal pasti digunakan penjenayah berhampiran sempadan daratan dan perairan daerah ini,” katanya dalam kenyataan media, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Sabah Electricity turut melaksanakan pemotongan sambungan elektrik haram membabitkan kerugian dianggarkan RM310,000 di bawah Seksyen 61(3) Enakmen Bekalan Elektrik 2024, manakala Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Daerah Sandakan menguatkuasakan tindakan terhadap sambungan paip haram bernilai RM27,215 di bawah Seksyen 49(b) Enakmen Bekalan Air Sabah 2003.

Tambahnya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sandakan turut mengeluarkan 137 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas, manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas barang kawalan dan bersubsidi bernilai RM5,316.46 serta mengeluarkan lima kompaun berjumlah RM1,200.

“Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) pula merampas peralatan penjaja tidak berlesen bernilai RM500 serta rokok tidak bercukai dianggarkan RM5,898 untuk tindakan lanjut agensi berkaitan,” katanya.

Victor berkata, operasi itu melibatkan seramai 212 pegawai dan anggota pelbagai agensi dan merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Operasi Sanggah ESSCOM selaras dengan konsep ‘Tiada Hari Tanpa Operasi’.

Menurutnya, ESSCOM akan terus memperhebat operasi bersepadu di seluruh Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) bagi mengekang jenayah rentas sempadan serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam kekal terpelihara.

Sehubungan itu, orang awam turut diseru menyalurkan sebarang maklumat berkaitan keselamatan ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau WhatsApp 011-63311072.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan