Sambutan Tahun Baharu Cina boleh jadi produk tarikan pelancong

KUANTAN – Kerajaan Pahang terus memperkukuh kedudukan negeri ini sebagai destinasi pelancongan utama menerusi pelbagai pengisian kebudayaan, komuniti dan aktiviti pelancongan.

Ini termasuk penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina di Kuantan 188 yang bermula sejak Februari lalu.

Program itu meraikan kepelbagaian budaya dan menjadi platform penting mengeratkan hubungan antara kerajaan, sektor swasta, korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, Kuantan 188 adalah antara produk pelancongan strategik negeri Pahang yang berpotensi besar dalam merancakkan sektor pelancongan.

“Inisiatif ini bertepatan dengan kempen tahun ini, Visit Malaysia Year 2026 di mana kita berharap kerjasama erat antara kerajaan negeri, Persekutuan, agensi pelancongan, sektor korporat komuniti memperkukuh jenama Pahang sebagai destinasi pelancongan pilihan bukan sahaja untuk pelancongan domestik tetapi antarabangsa,” katanya, lapor Pahang Media.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis sambutan Tahun Baharu Cina Kuantan 188, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar Kuantan 188, Khalisa Azman.

Yu Man berkata, keunikan sambutan Tahun Baharu Cina di Malaysia, termasuk tradisi Yee Sang dan penerbitan ratusan lagu perayaan setiap tahun, boleh dimanfaatkan sebagai daya tarikan pelancongan yang membezakan negara ini daripada negara lain seperti China, Taiwan dan Hong Kong.

“Sebenarnya Yee Sang ini adalah satu pengalaman baru kepada mereka (pelancong) sebab budaya Yee Sang ini tidak popular di negara China.

“Jadi sempena Tahun Baharu Cina, ada pelancong dari negara China, mereka akan sampai ke Malaysia untuk merasakan pengalaman baru.

“Jadi ini adalah satu keunikan cara sambutan Tahun Baharu Cina di Malaysia. Popular di Malaysia tapi tidak popular di negara China,” ujarnya.

Related Posts

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) Sabah tegaskan belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat berhubung penggunaan logo atau bentuk kerjasama politik yang akan digunakan pada pilihan raya akan datang. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

LIMBANG – Seorang lelaki dilaporkan terlibat dalam kemalangan kendiri membabitkan sebuah motosikal di Jalan Poyan Jaya di sini, pagi tadi. Menurut Ketua Zon 7 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Limbang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak