Empat cedera kemalangan bas, treler

MARAN – Empat individu cedera ringan selepas bas dinaiki 19 pelajar dan dua guru sebuah pusat tahfiz terbabit dalam kemalangan dengan treler di Jalan Besar Jengka 18, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa yang terdiri daripada pemandu dan penumpang bas mengalami luka ringan akibat terkena serpihan kaca.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, kemalangan membabitkan sebuah treler Volvo dan bas jenis SKS.

Menurutnya, siasatan awal mendapati treler berkenaan dalam perjalanan dari arah Kampung Awah menuju Bandar Jengka.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, treler berkenaan dipercayai terbabas dan pemandunya gagal mengawal kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Pada masa sama, bas yang datang dari arah Bandar Jengka menuju Kampung Awah tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tepi sebelah kiri treler berkenaan,” katanya, lapor Berita Harian.

Kim Wai berkata, ketika kejadian, bas terbabit membawa 19 pelajar dan dua guru Tahfiz Allauddin, Bandar Pusat Jengka.

Katanya, empat individu termasuk pemandu dan penumpang bas mengalami kecederaan ringan akibat terkena serpihan kaca, manakala penumpang lain tidak mengalami kecederaan.

“Pemandu treler juga dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, setakat ini belum ada saksi tampil membantu siasatan dan punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan polis. Kes disiasat mengikut Kaedah 10 LN 166/59.

Orang ramai atau saksi yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi di talian 011-62262479 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah