MoF selaras tindakan isu pas sosial, lebihan barangan – Fahmi

KEMENTERIAN Kewangan (MoF) akan menyelaras penubuhan pasukan petugas khusus bagi menumpukan perhatian terhadap isu penyalahgunaan pas lawatan sosial serta lambakan barangan di pasaran.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diputuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Katanya, pasukan petugas itu akan membabitkan beberapa kementerian termasuk Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Perdana Menteri memutuskan supaya MoF akan membantu menyelaras dan membentuk satu pasukan petugas khusus yang membabitkan beberapa kementerian.

“Ia antara lain yang akan memberi fokus dan keutamaan penyelarasan aspek-aspek penguatkuasaan serta perundangan membabitkan penyalahgunaan pas sosial untuk tujuan kerja,” katanya pada sidang media media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Fahmi berkata, pasukan petugas juga akan meneliti dan mengambil tindakan terhadap masalah lambakan barangan di pasaran yang dikenal pasti oleh KPDN.

“KPDN mendapati terdapat beberapa mungkin barang-barang tertentu yang mula dilambakkan dalam negara kita.

“Jadi tindakan yang menyuruh akan diambil serta apa-apa lain aktiviti perniagaan yang tidak mematuhi peraturan,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, Jemaah Menteri hari ini turut membentangkan hasil mesyuarat jawatankuasa berkenaan keselamatan jalan raya.

“Antara perkara yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri ialah jumlah kematian di jalan raya pada tahun 2024 membabitkan anak muda, iaitu sebanyak 4,000 nyawa.

“Ini adalah satu angka yang sangat merisaukan dengan kebanyakannya membabitkan kemalangan motosikal.

“Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan susulan berkaitan perkara ini,” katanya.

Related Posts

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

TABUNG Solidariti Najib Razak yang diwujudkan UMNO bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membayar denda RM50 juta didakwa sebagai ‘jarum halus’ untuk menghalalkan perbuatan rasuah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

PENGAMPUNAN bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak disifatkan memberi ‘bola tanggung’ kepada Pakatan Harapan (PH) untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

Anwar puji pementasan ‘Mansur dan Liu’, yakin karya seni tempatan mampu ke antarabangsa

Anwar puji pementasan ‘Mansur dan Liu’, yakin karya seni tempatan mampu ke antarabangsa

Pelbagai pengisian, PMK Gopeng disambut meriah

  • By Aden
  • September 20, 2026
Pelbagai pengisian, PMK Gopeng disambut meriah

Arena Petanque Kabong terima ‘suntikan’ RM187,000 nafas baharu komuniti

Arena Petanque Kabong terima ‘suntikan’ RM187,000 nafas baharu komuniti

Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

  • By Ezmie
  • September 20, 2026
Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip