Kerajaan tidak bertolak ansur terhadap cubaan ganggu keselamatan negara – Fahmi

KERAJAAN memberi jaminan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang cuba menjejaskan keselamatan awam, khususnya ketika Malaysia menerima lawatan rasmi pemimpin negara asing dalam masa terdekat.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pendirian tegas itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan beliau hari ini.

“Perdana Menteri membuat satu keputusan, pendirian kerajaan untuk tidak mengizinkan mana-mana pihak mencetuskan sebarang bentuk gangguan keselamatan, terutama sewaktu negara akan menerima tetamu dalam masa terdekat.

“Jadi langkah tegas akan diambil untuk pastikan dan jamin keselamatan awam dan juga tetamu negara sentiasa terpelihara,” katanya tanpa menamakan pemimpin asing yang bakal mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan, di Putrajaya, hari ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri India, Narendra Modi dijadualkan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Sabtu ini, yang turut membabitkan perbincangan dua hala bersama Perdana Menteri.

Kementerian Hal Ehwal Luar India dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan bahawa lawatan berkenaan merupakan kunjungan ketiga Modi ke Malaysia, selain beliau dijangka berinteraksi dengan masyarakat India serta wakil industri dan perniagaan di negara ini.

Sementara itu, polis sebelum ini menasihatkan penganjur Himpunan Anti Rumah Anutan Haram supaya tidak melakukan provokasi atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh isu 3R iaitu agama, kaum dan institusi diraja, yang dijadual berlangsung Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam dilaporkan berkata satu pertemuan bersama penganjur telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Khamis lalu, manakala Penyelaras Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram, Zamri Vinoth mengesahkan pihak polis telah dimaklumkan mengenai perhimpunan itu selaras dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 dengan penyertaan dijangka membabitkan 141 badan bukan kerajaan (NGO).

Foto: Utusan Malaysia

Related Posts

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

‘PERPADUAN Ummah’ ialah antara slogan paling kerap diulang oleh Pas dalam dua dekad terakhir. Ia kedengaran mulia, menyentuh emosi umat Islam dan memberikan gambaran bahawa Pas ialah parti yang sentiasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

ALOR SETAR – Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Kedah menggesa Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mempercepatkan proses penempatan semula pelarian Rohingya ke negara ketiga bagi mengurangkan beban…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Program Satelit PMR KEMAS perkukuh perpaduan komuniti di Samalaju

Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan, suspek diburu

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei