Kredibiliti dasar kerajaan pacu pengukuhan ringgit

KUALA LUMPUR – Pergerakan nilai ringgit dipengaruhi gabungan faktor luaran dan domestik, dengan aspek dalaman khususnya kredibiliti dasar kerajaan menjadi pemacu utama sokongan mata wang negara, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Beliau berkata, perubahan dasar monetari termasuk kadar faedah serta kelembapan dolar Amerika Syarikat (AS) turut menyumbang kepada prestasi ringgit, namun faktor domestik kekal lebih penting dalam memberikan sokongan yang mampan.

“Memang terdapat faktor luaran seperti perubahan dasar monetari dan kelembapan dolar AS yang membantu ringgit.

“Namun yang lebih penting ialah faktor domestik itu sendiri,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika menjadi speaker dalam sesi bertajuk Dasar Fiscal dan Monetari sempena Forum Ekonomi Malaysia 2026 di sini, hari ini.

Turut serta Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Mengulas lanjut, Abdul Rasheed berkata, antara faktor utama pengukuhan ringgit ialah kredibiliti dasar kerajaan, termasuk pelaksanaan dasar makroekonomi yang betul serta kepastian dasar yang diberikan kepada pelabur.

“Kredibiliti dasar dan kepastian polisi ini mewujudkan keyakinan pelabur untuk membawa masuk dana ke negara ini, sama ada pelaburan langsung asing (FDI) atau dana portfolio,” katanya.

Beliau berkata, selain asas ekonomi yang kukuh, pengukuhan ringgit turut disokong oleh naratif dasar yang tepat, kesepaduan serta penyelarasan dasar antara agensi, selain komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan reformasi struktur.

“Reformasi struktur yang dilaksanakan menunjukkan komitmen kerajaan terhadap agenda pembaharuan, di samping prospek ekonomi yang positif termasuk pertumbuhan yang dicatatkan tahun lalu dan jangkaan pertumbuhan akan datang,” katanya.

Related Posts

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu bagi menyiasat pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH). Ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

KUALA LUMPUR – Penangguhan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bertujuan memberi peluang kepada Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanakan syor yang dicadangkan serta ruang dan masa untuk memulihkan organisasi itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit