Penambahbaikan kerusi Lapangan Terbang Miri dilaksanakan, demi keselesaan umum

MIRI – Keselesaan penumpang di Lapangan Terbang Miri kini menjadi keutamaan apabila kerja penambahbaikan kemudahan kerusi di ruang menunggu sedang giat dilaksanakan susulan aduan orang awam mengenai keadaan kerusi yang uzur serta kurang memuaskan dari segi kebersihan.

Isu tersebut yang sebelum ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna lapangan terbang, khususnya pelancong dan penduduk tempatan, mendapat perhatian segera apabila Ketua Penerangan PKR Cabang Miri, Chaw Zhe Jian tampil mendapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan serta menerima laporan terkini daripada ibu pejabat berhubung tindakan susulan yang diambil.

Menurut Zhe Jian, usaha menaik taraf kemudahan tempat duduk awam telah dimulakan dan setakat ini kira-kira 150 unit kerusi penumpang baharu berjaya diganti.

Katanya, reka bentuk kerusi baharu yang tidak menggunakan kusyen fabrik dilihat lebih praktikal kerana mudah dibersihkan, sekali gus meningkatkan tahap kebersihan dan keselesaan pengguna.

“Langkah penambahbaikan ini bukan sahaja memberi nafas baharu kepada kemudahan lapangan terbang, malah mencerminkan komitmen berterusan pihak berkaitan dalam memastikan imej bandar Miri sebagai pintu masuk utama pelancongan di utara Sarawak terus terpelihara,” katanya.

Beliau menambah, bagi memastikan operasi dan perkhidmatan kepada penumpang tidak terganggu, proses penggantian baki kerusi akan dilaksanakan secara berperingkat.

Dalam tempoh peralihan ini, kusyen fabrik yang telah usang dan rosak akan ditanggalkan terlebih dahulu sebagai langkah sementara bagi menjamin kebersihan, keselamatan serta keselesaan asas pengguna.

Dalam pada itu, maklum balas yang disuarakan orang awam disifatkan sebagai input penting dalam usaha menambah baik kemudahan awam.

Usaha berterusan ini diharap mampu meningkatkan pengalaman perjalanan para penumpang serta memperkukuh reputasi Lapangan Terbang Miri sebagai hab pengangkutan udara yang selesa, bersih dan mesra pengguna.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar