Inisiatif MADANI usaha kerajaan lindungi rakyat

MAJORITI besar rakyat bangun dan memulakan hari dengan memikirkan sama ada gaji cukup sampai hujung bulan, sama ada beras di dapur masih ada, sama ada bil-bil boleh dibayar tanpa perlu berhutang?

Itulah asas kitaran hidup harian sebahagian besar rakyat.

Bila harga barang naik, yang terasa dulu ialah marhaen bergaji rendah.

Sebab itu bantuan tunai disalurkan kepada isi rumah, bujang dan warga emas, dengan tambahan untuk mereka yang tidak berkecukupan bagi menyerap kenaikan harga.

Betul, ianya bukan penyelesaian mutlak, tetapi tanpa bantuan itu, ramai sudah lama tumbang.

Tanpa diatur, bukan gimik

Ketika di Sabah, ada seorang mak cik tua bernama Aminah Sulaiman yang sanggup datang dari jauh menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan untuk meminta, tapi untuk berterima kasih.

Orang tua yang pendidikannya mungkin tak tinggi itu sedar, inisiatif yang kerajaan Anwar gerakkan telah menyambung nyawa dan harapan ramai rakyat.

Tapi tidak ramai yang ringan mulut untuk berterima kasih atau setidaknya mengakui beban semakin ringan kerana bantuan yang kerajaan berikan.

Kerajaan pimpinan Anwar sedar bahawa bantuan tunai sahaja tidak cukup.

Maka bantuan dialihkan terus kepada keperluan barangan asas, harga yang diturunkan, jualan murah yang masuk ke kawasan bandar dan luar bandar.

Ini supaya orang tidak perlu memilih antara makan dan keperluan lain. Faham?

Ini bukan soal pasaran bebas, ini soal perut rakyat, makanan di atas meja untuk rakyat.

Beberapa Perdana Menteri sebelum Anwar telah menyebut akan dasar subsidi bersasar, tetapi hanya Anwar yang mempunyai kekuatan ‘politicall will’ untuk melaksanakannya agar hasil negara tidak bocor dan dimanipulasi.

Hasil negara perlu dilindungi, yang mengambil kesempatan perlu dihentikan. Jika tidak, rakyat juga yang rugi.

Malah, mekanisme menggunakan kad pengenalan digunakan. Sesuatu yang jelas menjadi pembeza mutlak warganegara dan bukan warganegara.

Manakala, elektrik dan air sebagai keperluan asas, di bawah inisiatif MADANI, diwujudkan rebat bagi mengurangkan bil air dan elektrik.

Tidak hanya itu, kerajaan Anwar juga memberikan perlindungan insurans asas dan dana segera disediakan supaya rakyat boleh bangun semula, bukan terus jatuh di bawah garis kemiskinan.

Anwar sangat berdedikasi terhadap masa depan anak-anak kita, maka diwujudkan bantuan awal persekolah dan bantuan makanan bagi murid miskin.

Anak-anak kita masa depan negara ini.

Ini bukan hanya cerita kejayaan kerajaan. Ini isu hidup rakyat dan inisiatif kerajaan demi melindungi rakyatnya.

*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Pembubaran DUN Johor sudah dijangka, PH perkukuh persiapan PRN

Pembubaran DUN Johor sudah dijangka, PH perkukuh persiapan PRN

Anwar junjung kasih kebijaksanaan Agong, tegaskan komitmen perkukuh demokrasi

Anwar junjung kasih kebijaksanaan Agong, tegaskan komitmen perkukuh demokrasi

Media sosial wajib sahkan umur, pengguna bawah 16 tahun berdepan sekatan – MCMC

Media sosial wajib sahkan umur, pengguna bawah 16 tahun berdepan sekatan – MCMC